Showing posts with label fikir-fikirkan... Show all posts
Showing posts with label fikir-fikirkan... Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Timetable kamik.. ^_^

salam utk semua...
sementara nk gerak ke masjid tok baca al-quran..
tetibe ada cite+mood nk update blog... ^_^

timetable??
yea...!!! tu lar tajuk utk entiry kita pada hari ni...

huhuhu.....
mmg bizi sgt2 sementara nk tggu bulan puasa....
kita bizi sbb....
  1. tournamen futsal tiap2 mggu smpai nk pose..
  2. midtest dtg lagi...
  3. quiz otw jumaat nie....

tgk mcm sikit kn... ^_^ tapi.... klu tgk takwim... mmg pnoh... so pasni mmg kne susun jadual sambil xmo buang masa

tok stdy.... hohohoho....tue aje nk cite.. hehehe... xreti nk panjangkan cite.. hehehe

*bulan pose klu bleh xmo ade tourmanent dh smpai raye.. tp klu jz nk men2 ok.. no hal.. tp kne tgk timetable lar.... hhohoho...

Tuesday, May 25, 2010

KAFAN UTK NENEK...

Awan mendung yang berarak lalu bagai tidak lagi mampu menanggung beban, lalu memuntahkan segala isi yang tersimpan sekian lama. Hujan lebat membasahi bumi. Namun lebat lagi hujan di dalam hatiku, deras lagi airmata yang mengalir di kedua belah pipiku. Allahu Allah.. Hebatnya dugaan-Mu kali ini. Betapa lemahnya aku, betapa sesungguhnya terbukti bahawa aku tidak sekuat mana.

Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah, dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, namun tetap jua tidak mampu meredhakan kesedihan yang terbuku di dada. Allahu Allah.. Ampunkan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, ampunkanlah dosa nenekku.

Nenek... Airmata kian meluncur laju tatkala bayangan wajah nenek menjelma. Ya Allah, nenek sudah tiada, Ya Allah, nenek sudah pergi tinggalkan kami, Ya Allah, aku tidak mungkin dapat melihat nenek lagi, tidak mungkin dapat memeluk nenek lagi, tidak mungkin dapat mendengar celoteh nenek lagi, aku sayang nenek, aku pasti rindukan nenek..

"Naufal, tolong nenek sekejap," Suara nenek memanggil kedengaran sayup dari ruang tamu rumah.

Tanpa berlengah lagi, aku segera meletakkan pen yang aku pegang. "Biarlah, malam nanti boleh sambung isi borang UPU ni, nenek belum tentu boleh menanti aku sampai malam." Bisik hatiku. Segera aku percepatkan langkah. Aku menyusun langkah menuju ke arah nenek.

"Ada apa Nek?" Aku bertanya sambil melabuhkan punggungku di sebelah nenek. Kedut wajah nenek tampak jelas kelihatan, namun nenek tetap jua mengukir senyuman yang paling manis buatku. Dia memang begitu, suka senyum.

"Naufal dah habis isi borang ke?" Nenek bertanya. Aku sekadar menggelengkan kepala, tersenyum kepada nenek. "Belum Nek, tapi takpe, malam nanti boleh sambung isi, IPT boleh di cari ganti, tapi Nenek Naufal ni sorang je kat dunia ni.." Ujarku sambil melentokkan kepala ke bahu nenek. Nenek cuma tergelak kecil, aku senang melihat nenek gembira.

Nenek sudah dimamah usia, umurnya kini hampir mencecah 70 tahun. Arwah atuk sudah lama pergi meninggalkan kami, kembali ke rahmatullah hampir 20 tahun yang lepas, namun nenek tetap setia sendiri. Tidak pernah terniat mencari pengganti atuk. Walaupun pernah ada yang mencuba nasib merisik khabar, dengan tenang nenek menolak.

"Biarlah aku sendirian sampai mati, aku sayangkan ayah kamu, semoga di syurga nanti kami akan bersatu lagi.." Itulah kata-kata nenek yang disampaikan oleh ayahku kepadaku. Sejak itu, ayah selaku anak sulung dan adik beradiknya yang lain tidak lagi berniat untuk menjodohkan nenek. Mereka kagum dan hormati pendirian nenek. Nenek seorang yang setia pada cintanya.

Sejak Mak Su mendirikan rumah tangga, mengikut suaminya ke utara tanah air, nenek tinggal sendirian. Sejak itu juga, aku pulang ke kampung, menetap di kampung menemani nenek. Selaku cucu sulung, aku rasa bertanggungjawab untuk bersama nenek setiap masa. Tak sanggup aku biarkan nenek keseorangan, kesepian. Tak tergamak aku biarkan nenek menghabiskan sisa-sisa usianya menghitung detik waktu seorang diri. Ibu dan ayah serta pakcik dan makcik terpaksa bertugas di bandar, jauh dari kampung, aku mengerti kekangan tugas mereka, nenek juga begitu. Jadi biarlah aku bersekolah di kampung, menemani nenek di rumah pusaka arwah atuk. Nyaman. Damai.

"Naufal! Termenungkan apa?" Lamunanku tersentak bila nenek memanggil namaku. Aku tergelak kecil. Tersipu malu. Jauh benar melayan emosi, sehinggakan nenek juga perasan.

"Takdelah Nek, Naufal teringat kuih bingka yang nenek selalu buat, sedap...." Aku cuba berselindung sambil buat-buat muka kasihan. Nenek mula bersimpati.

"La, betul ke? kalau macam tu nenek boleh buat sekarang," Cepat pula nenek menyahut. Aduh, perasaan bersalah mula menyelinap ke lubuk jiwaku.

".Hehehe..Mana ada Nek, Fa gurau je la nek, saja nak tengok Nenek sayang Fa ke tidak, hehe.." Ujarku. Pantas nenek mencubit bahuku, aku mengekek kegelian. Mengelak tidak, seronok menyakat nenek petang-petang begitu.

"Naufal, tolong nenek ambilkan beg atas almari boleh?" Pinta nenek setelah tawa kami terlerai. Aku memusatkan pandangan mataku ke wajah sayu nenek.

"Beg mana Nek?" Aku bertanya sambil menggaru-garu kepala.

"Beg hijau atas almari nenek, ada dalam bilik, bawa ke sini kejap," Terang nenek lagi. Aku menangguk-angguk kepala lalu mengatur langkah menuju masuk ke bilik nenek. Mendongak kepala melilau pandangan ke atas almari nenek, tanpa berlengah-lengah, beg hijau itu aku capai lalu membawanya kepada nenek.

Nenek menarik zip pada beg dengan penuh teliti. Tangan nenek menggigil, betul nenek sudah dimakan usia. Sayu pula aku melihat nenek. Makin lama aku menatapnya, makin hati ini bagai di hiris-hiris. Aku sayangkan nenek.

Bertambah sayu dan pilu bila tangan lemah nenek menarik keluar sehelai kain putih yang kekuning-kuningan. Seperti kain kapan, tapi tak mungkin. Aku cuba menidakkan namun dadaku mula terasa sebak. Aku tetap cuba bertahan.

"Kain apa ni Nek?" Aku bertanya, minta kepastian. Perhatianku tepat kepada kain putih itu.

"Ini kain kapan nenek, dah lama nenek simpan.. tunggu saat ajal tiba..bila nenek dah tiada nanti, Fa tolong bagitau ayah Fa, guna kain kapan ni ya.. " Lemah suara nenek menjawab. Tidak semena-mena butir-butir jernih mengalir dari kedua kelopak mataku. Tidak mampu tertahan lagi, air mata mengalir deras. Tak sanggup mendengar suara nenek menyebut ajal.

"Nenek, kenapa cakap macam tu, jangan tinggalkan Naufal.." Bagaikan anak kecil aku tersedu-sedu menahan tangisan.

"Isk Fa, istighfar.. Mana boleh cakap macam tu, ajal itu pasti, sudah di tentukan Allah, di dunia ini kita cuma sementara, di dunia ini kita cuma menumpang, sampai masa, kita semua, nenek dan Fa juga akan dijemput pulang.. Nenek sudah lama hidup di muka bumi ini, bila-bila masa saja nyawa nenek akan diambil, itu suratan takdir, kita kena redha.." Merdu suara nenek menyentuh gegendang telingaku.

Aku merebahkan kepala ke riba nenek. Seperti selalu, nenek membelai-belai rambutku. Andai nenek tiada, saat ini pastinya paling aku rindui. Ya Allah, mampukah aku menghadapi kenyataan itu ya Allah, mampukah aku melepaskan nenek pergi? Berulang kali suara hatiku berbisik sayu.

"Naufal, ketika Allah ciptakan kita, Allah dah tulis dah, semuanya termasuk ajal kita. Hidup kita umpama berlari 100 meter, makin kita berlari, makin kita dekat dengan garis penamat. Hari ke hari kita hidup, kita makin dekat dengan ajal kita. Fa tahu kan, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa silam kita dan perkara yang paling dekat, makin dekat dengan kita adalah mati.." Nenek menyambung bicara, di riba nenek aku cuma mendengar. Katalah apa saja nenek, aku akan simpan semua kata-kata nenek kemas dalam kotak ingatanku.

"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati. Takut membuat kemungkaran kerana takut bila mati kelak di azab, sungguh-sungguh buat kebaikan, kumpul pahala buat bekalan di akhirat sana sebab tahu, hidup di dunia cuma sekali. Bila dah mati, dah tak boleh undur lagi dah.. Menyesal bagaimana sekalipun, kita tak mungkin boleh undur masa.."

"Nenek berdoa, moga mati nanti tempat untuk nenek berehat.. Nenek bermohon agar segala dosa nenek terampun, sebelum masa itu tiba.. Nenek pun tak tahu bila masanya nenek akan dijemput pulang, mungkin esok atau lusa.." Suara nenek tersekat-sekat. Airmata nenek menitis jatuh ke pipiku. Aku angkat kepala menatap wajah nenek. Pilu hatiku melihat wajah nenek berbasahkan airmata. Sayu. Cepat-cepat aku sapu airmata nenek.

"Nenek jangan menangis, Fa sayang nenek.." Aku cuba memujuk nenek. Namun desah gelora jiwaku ternyata lebih hebat. Aku turut menangis lalu memeluk nenek erat. Dalam pelukan nenek aku menangis semahunya.

"Fa jangan nangis, tidak kira samada nenek hidup atau tidak, kalau Fa betul-betul sayangkan nenek, sedekahkan doa untuk nenek, sedekah fatihah untuk nenek.. InsyaAllah.. kasih sayang antara kita tidak akan terputus sampai bila-bila," Ujar nenek sambil mengelap pipiku dengan tangannya yang penuh rasa kasih. Nenek mengukir senyum, senyuman yang paling manis. Walaupun sukar, aku memaksa diri membalas senyuman terindah nenek.

Bas bagaikan berjalan terlalu perlahan. Setiap sela waktu bagaikan menghiris, menikam jantungku. Menyeksakan. Kenangan bersama nenek satu persatu berlegar-legar di kotak ingatanku. Wajah nenek di segenap penjuru ruang. Aku ingin segera pulang ke pangkuan nenek, aku ingin cepat sampai ke rumah kesayangan nenek. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.. Tempatkanlah nenekku dalam golongan yang Engkau kasihi.

Amin ya rabbal alamin..



Wednesday, May 12, 2010

10 Peringatan Bumi


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Saturday, May 8, 2010

Naskah Mama

Hari ini sama seperti hari-hari semalam.Mama masih terbaring kaku.Cuma kadang-kadang terdengar sayup-sayup alunan zikrullah bersilih ganti dengan deruan nafas mama.Wajah pucat mama , ku pandang sepi.Mama cuba mengukirkan senyuman taktala pandangan mata kami bertaut.Namun senyuman mama tak lagi seceria dulu.Aku tahu mama sedang berlawan dengan kesakitannya.Penyakit barah yang ditanggung mama sudah sampai ke tahap akhir.Kata doktor segalanya sudah tersurat.Kami hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa.

Sejak mama sakit kuat cuma aku yang berada di sisi mama.Itu permintaan mama.Walaupun along dan angah menawarkan diri untuk menjaga mama, tetapi mama menolak.Mungkin mama tak mahu membebankan mereka kerana mereka sendiri terikat dengan urusan kerja.Aku pula sedang menuggu keputusan spm dan tidak terikat dengan mana-mana urusan.Jadi tanggungjawab aku Cuma pada mama. Sejujurnya aku kagum dengan mama.Mama tak pernah mengeluh walaupun mama menghidapi penyakit yang bagi aku tiada penyembuhnya.Mama juga tidak seperti makcik Hanim, rakan sebilik mama di hospital yang akan menghentakkan kepalanya pada meja pabila di serang rasa sakit.Sebaliknya mama akan berzikir berulang-ulang kali sambil jari jemarinya kejap menggenggam tanganku.Aku tahu mama menanggung kesakitan yang teramat sangat.Aku sebak melihat mama terpaksa menanggung kesakitan. Saat itu, kolam airmataku mula pecah.

Pernah suatu ketika mama memelukku sambil membisikkan sesuatu pabila mama melihat aku menangis. “Amani tak patut menangis sayang.Sebenarnya Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita.Lebih berat dugaan yang kita hadapi, lebih banyak kasih sayang Allah kepada kita.Allah sayang mama, sebab itu Allah uji mama.Allah kurniakan pada mama anak-anak yang hebat dan sentiasa berada di sisi mama. Insyaallah, mama dapat tempuhi ujian Allah ini..”

Mama Mengeratkan lagi pelukannya.Buat entah ke berapa kalinya, air mata aku tumpah di bahu mama.Aku sayangkan mama.Aku tak sanggup kehilangan mama !!!!

Saban hari aku setia menemani mama.Aku jadi semakin akrab dengan mama.Aku kesal kerana aku jarang berbual, bermesra dan bersama dengan mama sebelum ini.Aku anak yang pentingkan diri. Aku pernah merajuk berhari-hari dengan mama kerana teguran mama.
“Mama tak nak Amani lalai dan tewas dengan bisikan nafsu duniawi.Amani adalah amanah Allah buat mama.Jadi, mama mahukan yang terbaik buat anak mama.Walaupun Amani tak macam along, angah, achik dan adik, mama tetap sayangkan Amani.Tak ada apa-apa yang boleh mengubah kasih sayang mama pada Amani kerna mama sedar iman tak boleh di warisi..”
Aku tersentak sewaktu mendengar kata-kata mama.

Memang benar..Aku tak seperti adik beradik aku yang lain.Aku tak bertudung labuh seperti angah dan adik.Aku juga melakarkan sejarah kerana menjadi satu-satunya anak mama yang memilih menyambung pelajaran bukan dari sekolah beraliran agama.Natijahnya, aku makin hanyut di buai kenikmatan duniawi. Namun, aku bersyukur kerana sekarang aku kembali rapat dengan mama.Aku juga semakin matang.Jauh di sudut hati aku bersyukur kerana Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima Hidayah-Nya.Tekadku Cuma satu.Aku ingin menjadi anak perempuan mama yang solehah.Aku tak sanggup mengkhianati kasih sayang mama dengan membuka mana2 pintu neraka buat mama.

“Ya Allah, ampunilah segala dosa serta kekhilafan daku Ya Allah.Teguhkanlah imanku agar hamba-Mu ini sentiasa terpimpin di jalan yang di redhai-Mu.Amin.”

Hari demi hari mama semakin berjaya membentuk aku mengikut acuan islam.Kesihatan mama pula semakin membimbangkan aku.Walaupun mama hanya mampu berbaring, mama tak pernah jadikan semua itu alas an untuk berhenti beribadah pada Allah.Taktala sakit mama menyerang, mama tetap setia dengan alunan zikrullahnya.Mama benar-benar mengabdikan diri pada Dia Yang Maha Esa.Aku insaf melihat kesungguhan mama beribadah pada-Nya.Aku insaf !!!!

Seperti biasa, menjelang hujung minggu along dan angah akan ke pulang ke kampung untuk melawat mama.Adik yang demam turut berada di rumah.Cuma Achik yang tak dapat pulang kerana sedang menduduki peperiksaan di universiti.Selepas makan malam, aku menjenguk mama di bilik.Wajah mama tampak berseri-seri.Aku cukup gembira dengan perubahan kesihatan mama. Selang beberapa minit kemudian, angah keluar dari bilik mama sambil membawa satu bungkusan. Kemudian angah cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.Waktu itu aku lihat wajah angah suram dan matanya berkaca.Aku keliru.. Adakah angah menangis, tapi mengapa ?

Malam itu, tepat pukul 2.30 pagi aku terjaga kerana dikejutkan dengan bunyi helaan nafas mama.Secepat kilat aku membuka lampu dan mengejutkan semua.Kemudian, aku menghampiri mama.Aku belai wajah cengkung mama sambil memanggil mama.Namun panggilanku sepi tanpa suara. Aku pegang kaki mama.Sejuk.. Aku semakin kalut.Adakah masa mama sudah tiba? Aku genggam tangan mama sambil hatiku berdoa berkali-kali.

“Ya Allah..Aku sayangkan mama.Aku masih perlukan mama di samping aku.Aku tak sanggup kehilangan mama.Ya Tuhan, izinkanlah mama untuk terus bernafas di bumi-Mu ini”

Aku lihat along berulang kali membisikkan kalimah syahadah di telinga mama.angah dan adik pula mengongoi-mengongoi memanggil mama.Namun, mama tak menunjukkan sebarang reaksi.Masyaallah…

Aku dapat rasakan genggaman tangan mama tidak lagi sekejap tadi.Jantungku berdegup kencang..!! Akhirnya nafas mama terhenti secara tiba2.Mama pergi menemui Pencipta-Nya.Serentak dengan itu along memeluk aku, angah dan adik sambil membisikkan kata2 semangat. “Adik-adik along mesti kuat semangat.Kita mesti redha dengan pemergian mama.Setiap yang hidup pasti akan mati.Kalau kita sayangkan mama, tingkatkan amalan kita. Insyaallah, kita akan bertemu mama di syurga kelak..”

Saat itu, aku seolah olah terapung di angkasa.Aku hanyut di buai perasaan sedih, pilu dan terseksa.Sedar-sedar, aku berada dalam pelukan along tanpa setitik airmata. Usai urusan pengkebumian mama, aku berbaring di atas katil mama.Aku pejamkan mata dan mula membayangkan mama memelukku seperti biasa.Waktu itu, air mata ku mula mengalir deras.Aku rindukan mama.Aku rindukan segala-galanya tentang mama.

Tiba-tiba angah muncul lalu menghulurkan bungkusan yang aku lihat semalam.Rupa-rupanya senaskah Al-Quran.Melihat aku yang terpinga-pinga, angah mula bersuara.“Semalam waktu angah berbual dengan mama, banyak yang mama pesan pada angah.Mama seolah-olah sedar masa mama sudah hampir.Mama suruh angah berikan quran ni pada Amani sebagai panduan untuk Amani teruskan kahidupan ini.Sebenarnya mama pilih Amani menemani mama sebab mama nak didik Amani agar tersedar dari mimpi-mimpi indah dunia ni.Alhamdulillah, angah bangga dengan amani.Nampaknya mama berjaya mendidik amani.”

Angah terus memelukku.Kami menangis bersama-sama.Namun jauh di sudut hatiku, tertanam satu azam.Aku tak akan mengsia-siakan pengorbanan mama. Akhirnya, aku semakin dekat dengan Dia Yang Maha Esa.Buat pertama kalinya, aku ikhlas mengikut jejak langkah angah dan adik dengan mengenakan jubah dan bertudung labuh.Aku semakin tenang dengan perubahan ini.Alhamdulillah..semuanya berkat kesungguhan mama.Aku temui Hidayah-Nya kerana mama.Sesungguhnya aku berbangga kerana dilahirkan oleh seorang wanita seperti mama.

Thursday, April 29, 2010

Mother's Day From Islam Perspective

First of all, it goes without saying that every committed Muslim is supposed to pay his parents, especially his mother, due respect. One should try to show dutifulness to one's parents, even if they happened to be non-Muslims, let alone being Muslims. What Islam goes against is to imitate non-Muslims by marking a special occasion such as celebrating the Mother's Day in a way that shows that mothers do not deserve due respect and care save on this very day. If we are going to make the whole year a Mother's Day, then Islam welcomes celebrating the occasion with open arms.

Indeed, Muslim scholars have maintained various opinions regarding the issue. Here below we will attempt to furnish you with Juristic views as regard this issue:

First of all,
Sheikh Faysal Mawlawi, deputy chairman of the European Council for Fatwa and Research, states:

Dutifulness to parents, especially the mother, and treating them kindly is an act of worship enjoined in both the Qur'an and the Sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him). Being dutiful to parents is not confined to a specific time. It is an obligation that should be observed every time, as all people commonly know.

Yet, the Mother's Day, as it's known nowadays is a Western habit. The Westerners specified a day and called it the Mother's Day. On that day sons and daughters show gratefulness to their mothers and offer them presents. It has become part of important feasts in the West, whereas we Muslims have no other festivals except the Lesser and the Greater Bairams. Any other celebrations are deemed mere occasions or anniversaries; and this is applied to the Mother's Day.

The Mother's Day implies paying more attention and exerting more effort in expressing gratitude to mothers. So there is nothing wrong in that.

However, there are two reservations worth mentioning; first, considering the Mother's Day a feast; second, confining the task of showing dutifulness to mothers to that specific day, giving implication that throughout the whole year, just only one day is for showing love to parents. If such two anomalous points are addressed, then there is nothing wrong in considering the Mother's Day a chance to give more care to mothers.

Thus, we may take the Mother's Day as a chance to lay more emphasis on our duty towards our mothers, as Islam enjoins us, because dutifulness to parents is a genuine Islamic teaching. But Muslims, in doing that, should never deviate from the Islamic teachings, they should do things in Islamic manners, not in Western manners. Hence, they would not be imitating the non-Islamic habits of the West.

Hence, viewed in juristic perspective, we can say that celebrating the Mother's day is controversial among the contemporary scholars. While a group of them consider it haram (unlawful) as a kind of blind imitation of the Western non-Islamic habits, which have no benefit for Muslims, another group see it halal (lawful) on condition that showing gratitude and dutifulness to parents should not be confined to that day only.

Moreover, the well known erudite scholar Sheikh Yusuf al-Qaradawi states:

The Arab tend to blindly follow the Western in their celebration of the Mother's Day, without trying to understand the wisdom behind inventing such an occasion.

When the European found that children do not deal properly towards their parents nor give them their due right, they resorted to specifying an annual occasion for children to remedy the situation. But in Islam, mothers are to be given due respect and love every time, not only one day a year. For example, when one goes out, he kisses one's mother's hand seeking her pleasure and blessing.

A Muslim must not allow any gap between him and his mother, he must offer her presents every time. This indicates that Muslims can dispense with such an occasion, the Mother's Day. Unlike the case in the West, where it's a vogue for some children to show indifference to their mothers' feelings, and, what's more, it is so common to see some parents being dragged to infirmaries (as their kids have no time for them), dutifulness to parents in Islam, alongside with worshipping Allah, is a sacred duty.

In this concern, Almighty Allah says:


(And We have commended unto man kindness toward parents. His mother beareth him with reluctance, and bringeth him forth with reluctance, and the bearing of him and the weaning of him is thirty months, till, when he attaineth full strength and reacheth forty years, he saith: My Lord! Arouse me that I may give thanks for the favor wherewith Thou hast favored me and my parents, and that I may do right acceptable unto Thee. And be gracious unto me In the matter of my seed. Lo! I have turned unto Thee repentant, and lo! I am of those who surrender (unto Thee).)
(Al-Ahqaf 46: 15)

Reflecting on the aforementioned Qur'anic verse, we find it stressing both parents' right, but reviewing the following verses we find them paying special care to the mother and tackling the hardships she suffers in pregnancy, fosterage and rearing children.

In this verse, Almighty Allah informs man of the debt he owes his mother since he was a fetus, passing by the process of childbirth, infancy, childhood until he comes of age. A child normally forgets the hardship which his mother underwent during pregnancy. Hence Almighty Allah draws his attention to such hardships, laying emphasis on her great status in Islam.

Finally,
Dr. `Abdul Fattah `Ashoor, professor of Qur'an Exegisis at Al-Azhar University, concludes:

Holding celebrations in honoring others and commemorating anniversaries are neither feasts nor Islamic. But one may seize any chance to express gratitude to those who deserve it. This is how we should consider the Mother's Day. The mother has a special place in the Islamic culture, and all other civilized cultures. So it is something good to do anything to please her and show gratefulness to her.

So dedicating a day to showing good feelings towards parents, especially the mother, is by no means blameworthy as it does not contradict the Islamic teachings, nor can it be merely considered a form of joining the Western vogue of making celebrations. Conversely, it is a kind of devotion to Allah's orders that we should be dutiful to our parents.


*sumber: www.zaharuddin.net

Tuesday, April 27, 2010

Mengapa Perlu Berkahwin?

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..



*************

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.


Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti


Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.


Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.


Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.


Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)

* Penulis adalah Ustaz Mohd Zul bin Roslan. Beliau merupakan salah seorang moderator agama iLuvislam.com.

Sunday, April 25, 2010

Kita Juga Dulu Seperti Itu

salam itu semua yang singgah ke blog kita..

tajuk kali ini ade banyak maksudnya, tapi kita nk tulis satu cerita yang tidak mampu kita nak tulis kt FB sebab xmuat... hehehe..

hari SABTU-24 April 2010 selepas exam MUET kami selesai lakukan.. (alhamdullilah semua b'jalan dgn lancar) kita dan sahabat-sahabat yang lain bergerak ke LOT10.. kami tak pergi ke UPTEN sebab ramai sangat orang dan kedai banyak tak buka... so, dengan bantuan dr cik Mawaddah dan kereta estimanya (unicorn putih).. kami ke tempat yang kami mahu tujui..

dan di LOT10 inilah cerita yang kita mahu beritahu..

selepas order makanan.. sambil berbual dengan sahabat dan menunggu makanan.. kita terlihat bayi yang sangat comel. bayi itu sedang di pegang oleh ayahnya.. dengan mata yang bercahaya, kita dapat lihat yang dia mahu mengenali dunia yang baru bagi dia.. dengan tanpa daya, dia perlu bantuan dari ayahnya agar dia dapat melihat dunia ini...

saat itu, kita mengenang kembali masa lalu.. masa yang kita pernah menjadi bayi.. menjadi bayi yang tidak tahu apa-apa tentang dunia ini.. semuanya perlu akan bantuan dari ibu bapa kita... cuba kita bayangkan, saat kita tidak tahu apa-apa dan tidak mampu melakukan apa-apa. ibu bapa kita tidak ada masa itu.. sudah tentu kita tidak ada di dunia ini.. kita akan mati kelaparan, kehausan dan kesejukan.

masa kita menjadi bayi, kita sangat lembut dan perlukan sokongan dari mereka yang dewasa (ibu bapa) untuk kita b'gerak ke sana ke mari.. apabila kita sudah besar dan sihat tanpa sebarang cacat cela... adakah kita mampu menjaga ibu bapa kita di saat mereka memerlukan bantuan seperti kita semasa kecil??? jika kamu b'kata "YA" maka baguslah.. jika kamu b'kata "tak tahu lar" maka ubah lar kata itu menjadi "YA".. namun masa depan kita tidak tahu bukan?? jadi simpan niat di hati dan jiwamu agar kamu mahu menjaga ibu bapa kamu seperti ibu bapa kamu menjaga kamu...

walaupun jasa yang kita lakukan tidak sehebat ibu bapa kita.. namun, bagi ibu bapa itu sudah mencukupi dan mungkin juga ada ibu bapa yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka. jadi mereka hanya mahu anak-anak mereka melihat mereka di kampung walaupun hanya sebentar...

Dia mengatur hidup manusia dengan licin dan sangat tersusun.. kitaran ini akan berulang kali tanpa kita sedari dan sehingga hari kiamat.. jadi saat ibu bapa kita masih ada, sayangi mereka.. jangan terlambat atau masa-masa emas itu tidak akan berulang kembali.. kita hanya akan perasan bila kita akan kehilangan seseorang yang kita sayang.. pada saat itulah, mungkin kita baru tersedar dari lena yang kita tidak lagi membalas jasa orang yang tersayang...

Saturday, April 10, 2010

Pendengar yang Baik

Oleh : Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

No one can possibly know everything. Listening to others is the single best way to learn. Nobody is more persuasive than a goo listener.


Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan. Cuba perhatikan kehidupan seharian anda. Cuba perhatikan mereka disekeliling anda. Anda akan dapati jumlah mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik adalah terlalu sikit.

Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan pendengar yang baik. Kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak anda bermasalah. Faktor ini juga menyebabkan keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Anda juga mungkin tidak begitu disenangi oleh mereka disekeliling anda hanya kerana faktor yang sama.

Terdapat 2 sebab utama kenapa anda merti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik.

  1. Anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui hanya setelah anda sanggup mendengar.
  2. Manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.

"I don't sit on top of an mountain and get these visions of what we ought to do , I have to find out from other people. I have to do a lot of listening".

- Richard C. Buetow -
- Director of Quality, Motorola Inc. -


Mereka yang telah berjaya seperti Buetow juga mengambil langkah untuk menjadi pendengar yang baik bagi membentuk matlamat syarikatnya. Dia tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik :

  • Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
  • Berikan perhatian sepenuhnya.
  • Berikan 'eye-contact'. Lihat tepat kedalam anak matanya.
  • Anggukkan kepala sebagai tanda gerakbalas anda.
  • Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya... ya... aha".
  • Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
  • Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara ayng dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
  • Elakkan dari mengkritik.
  • Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
  • Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
  • Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
Anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Perhatikan bagaimana mereka disekeliling anda mula mengutamakan anda. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu lebih berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman karibnya. Orang bawahan anda mula meghormati anda sebgai ketua. Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar yang baik.








Thursday, April 8, 2010

~.: Hati dan Perasaan.:~

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialaha seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu fari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang inigin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagian yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup kuat untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ia menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir setiap apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Andan tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalann dan kekecewaaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangisdan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka.

Wallahu A'lam......

Monday, April 5, 2010

Tanda2 Lelaki yang jatuh Cinta dgn Hebat

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnyadgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja utk kekasihnya. Sekeras mana pun hati lelaki, ia akan mengalir air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah :

  1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan kerana terpaksa.
  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi org yg kau bercakap.
  3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  5. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  6. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  7. Adakalanya, dia seperti seorang anak kecil yg meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dr org lain.
  8. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  9. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  10. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  11. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  12. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  13. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dgnnya.
  14. Dia cuba meluangkan lebih bnyk masa dgn kekasihnya walaupun t'paksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
  15. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  16. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasihnya kembali kepadanya.
  17. Apabila timbul org ke-3, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja utk merebut kembali kekasihnya.
  18. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  19. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya utk seorng perempuan
HARGAILAH....

Sifat Sahabat

Sahabat adalah orang yang selalu dekat dengan kita. Sahabat yang baik itu adalah orang yang selalu membantu dan menolong kita dalam kebaikan dan ketika kita mendapat kesusahan supaya kita di hargai. Hendaklah kita menghormati sahabat kita.

Ciri-ciri seorang sahabat.

  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  • Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas balik persahabatanmu itu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, ia akan membantumu.
  • Jika kau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik.
  • Jika ia memdapat sesuatu kebajikan daripadamu, ia akan meghargai dan menyebut kebaikanmu.
  • Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
  • Jika engkau merancang sesuatu nescaya ia akan membantumu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan sahabat.
Ingatlah pesan Hasan Al-Banna, "Jadilah seperti pohon mempelam, walau ia dibaling dengan batu, namun ia masih memberikan buah yang manis untuk kita".