Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

KAFAN UTK NENEK...

Awan mendung yang berarak lalu bagai tidak lagi mampu menanggung beban, lalu memuntahkan segala isi yang tersimpan sekian lama. Hujan lebat membasahi bumi. Namun lebat lagi hujan di dalam hatiku, deras lagi airmata yang mengalir di kedua belah pipiku. Allahu Allah.. Hebatnya dugaan-Mu kali ini. Betapa lemahnya aku, betapa sesungguhnya terbukti bahawa aku tidak sekuat mana.

Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah, dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, namun tetap jua tidak mampu meredhakan kesedihan yang terbuku di dada. Allahu Allah.. Ampunkan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, ampunkanlah dosa nenekku.

Nenek... Airmata kian meluncur laju tatkala bayangan wajah nenek menjelma. Ya Allah, nenek sudah tiada, Ya Allah, nenek sudah pergi tinggalkan kami, Ya Allah, aku tidak mungkin dapat melihat nenek lagi, tidak mungkin dapat memeluk nenek lagi, tidak mungkin dapat mendengar celoteh nenek lagi, aku sayang nenek, aku pasti rindukan nenek..

"Naufal, tolong nenek sekejap," Suara nenek memanggil kedengaran sayup dari ruang tamu rumah.

Tanpa berlengah lagi, aku segera meletakkan pen yang aku pegang. "Biarlah, malam nanti boleh sambung isi borang UPU ni, nenek belum tentu boleh menanti aku sampai malam." Bisik hatiku. Segera aku percepatkan langkah. Aku menyusun langkah menuju ke arah nenek.

"Ada apa Nek?" Aku bertanya sambil melabuhkan punggungku di sebelah nenek. Kedut wajah nenek tampak jelas kelihatan, namun nenek tetap jua mengukir senyuman yang paling manis buatku. Dia memang begitu, suka senyum.

"Naufal dah habis isi borang ke?" Nenek bertanya. Aku sekadar menggelengkan kepala, tersenyum kepada nenek. "Belum Nek, tapi takpe, malam nanti boleh sambung isi, IPT boleh di cari ganti, tapi Nenek Naufal ni sorang je kat dunia ni.." Ujarku sambil melentokkan kepala ke bahu nenek. Nenek cuma tergelak kecil, aku senang melihat nenek gembira.

Nenek sudah dimamah usia, umurnya kini hampir mencecah 70 tahun. Arwah atuk sudah lama pergi meninggalkan kami, kembali ke rahmatullah hampir 20 tahun yang lepas, namun nenek tetap setia sendiri. Tidak pernah terniat mencari pengganti atuk. Walaupun pernah ada yang mencuba nasib merisik khabar, dengan tenang nenek menolak.

"Biarlah aku sendirian sampai mati, aku sayangkan ayah kamu, semoga di syurga nanti kami akan bersatu lagi.." Itulah kata-kata nenek yang disampaikan oleh ayahku kepadaku. Sejak itu, ayah selaku anak sulung dan adik beradiknya yang lain tidak lagi berniat untuk menjodohkan nenek. Mereka kagum dan hormati pendirian nenek. Nenek seorang yang setia pada cintanya.

Sejak Mak Su mendirikan rumah tangga, mengikut suaminya ke utara tanah air, nenek tinggal sendirian. Sejak itu juga, aku pulang ke kampung, menetap di kampung menemani nenek. Selaku cucu sulung, aku rasa bertanggungjawab untuk bersama nenek setiap masa. Tak sanggup aku biarkan nenek keseorangan, kesepian. Tak tergamak aku biarkan nenek menghabiskan sisa-sisa usianya menghitung detik waktu seorang diri. Ibu dan ayah serta pakcik dan makcik terpaksa bertugas di bandar, jauh dari kampung, aku mengerti kekangan tugas mereka, nenek juga begitu. Jadi biarlah aku bersekolah di kampung, menemani nenek di rumah pusaka arwah atuk. Nyaman. Damai.

"Naufal! Termenungkan apa?" Lamunanku tersentak bila nenek memanggil namaku. Aku tergelak kecil. Tersipu malu. Jauh benar melayan emosi, sehinggakan nenek juga perasan.

"Takdelah Nek, Naufal teringat kuih bingka yang nenek selalu buat, sedap...." Aku cuba berselindung sambil buat-buat muka kasihan. Nenek mula bersimpati.

"La, betul ke? kalau macam tu nenek boleh buat sekarang," Cepat pula nenek menyahut. Aduh, perasaan bersalah mula menyelinap ke lubuk jiwaku.

".Hehehe..Mana ada Nek, Fa gurau je la nek, saja nak tengok Nenek sayang Fa ke tidak, hehe.." Ujarku. Pantas nenek mencubit bahuku, aku mengekek kegelian. Mengelak tidak, seronok menyakat nenek petang-petang begitu.

"Naufal, tolong nenek ambilkan beg atas almari boleh?" Pinta nenek setelah tawa kami terlerai. Aku memusatkan pandangan mataku ke wajah sayu nenek.

"Beg mana Nek?" Aku bertanya sambil menggaru-garu kepala.

"Beg hijau atas almari nenek, ada dalam bilik, bawa ke sini kejap," Terang nenek lagi. Aku menangguk-angguk kepala lalu mengatur langkah menuju masuk ke bilik nenek. Mendongak kepala melilau pandangan ke atas almari nenek, tanpa berlengah-lengah, beg hijau itu aku capai lalu membawanya kepada nenek.

Nenek menarik zip pada beg dengan penuh teliti. Tangan nenek menggigil, betul nenek sudah dimakan usia. Sayu pula aku melihat nenek. Makin lama aku menatapnya, makin hati ini bagai di hiris-hiris. Aku sayangkan nenek.

Bertambah sayu dan pilu bila tangan lemah nenek menarik keluar sehelai kain putih yang kekuning-kuningan. Seperti kain kapan, tapi tak mungkin. Aku cuba menidakkan namun dadaku mula terasa sebak. Aku tetap cuba bertahan.

"Kain apa ni Nek?" Aku bertanya, minta kepastian. Perhatianku tepat kepada kain putih itu.

"Ini kain kapan nenek, dah lama nenek simpan.. tunggu saat ajal tiba..bila nenek dah tiada nanti, Fa tolong bagitau ayah Fa, guna kain kapan ni ya.. " Lemah suara nenek menjawab. Tidak semena-mena butir-butir jernih mengalir dari kedua kelopak mataku. Tidak mampu tertahan lagi, air mata mengalir deras. Tak sanggup mendengar suara nenek menyebut ajal.

"Nenek, kenapa cakap macam tu, jangan tinggalkan Naufal.." Bagaikan anak kecil aku tersedu-sedu menahan tangisan.

"Isk Fa, istighfar.. Mana boleh cakap macam tu, ajal itu pasti, sudah di tentukan Allah, di dunia ini kita cuma sementara, di dunia ini kita cuma menumpang, sampai masa, kita semua, nenek dan Fa juga akan dijemput pulang.. Nenek sudah lama hidup di muka bumi ini, bila-bila masa saja nyawa nenek akan diambil, itu suratan takdir, kita kena redha.." Merdu suara nenek menyentuh gegendang telingaku.

Aku merebahkan kepala ke riba nenek. Seperti selalu, nenek membelai-belai rambutku. Andai nenek tiada, saat ini pastinya paling aku rindui. Ya Allah, mampukah aku menghadapi kenyataan itu ya Allah, mampukah aku melepaskan nenek pergi? Berulang kali suara hatiku berbisik sayu.

"Naufal, ketika Allah ciptakan kita, Allah dah tulis dah, semuanya termasuk ajal kita. Hidup kita umpama berlari 100 meter, makin kita berlari, makin kita dekat dengan garis penamat. Hari ke hari kita hidup, kita makin dekat dengan ajal kita. Fa tahu kan, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa silam kita dan perkara yang paling dekat, makin dekat dengan kita adalah mati.." Nenek menyambung bicara, di riba nenek aku cuma mendengar. Katalah apa saja nenek, aku akan simpan semua kata-kata nenek kemas dalam kotak ingatanku.

"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati. Takut membuat kemungkaran kerana takut bila mati kelak di azab, sungguh-sungguh buat kebaikan, kumpul pahala buat bekalan di akhirat sana sebab tahu, hidup di dunia cuma sekali. Bila dah mati, dah tak boleh undur lagi dah.. Menyesal bagaimana sekalipun, kita tak mungkin boleh undur masa.."

"Nenek berdoa, moga mati nanti tempat untuk nenek berehat.. Nenek bermohon agar segala dosa nenek terampun, sebelum masa itu tiba.. Nenek pun tak tahu bila masanya nenek akan dijemput pulang, mungkin esok atau lusa.." Suara nenek tersekat-sekat. Airmata nenek menitis jatuh ke pipiku. Aku angkat kepala menatap wajah nenek. Pilu hatiku melihat wajah nenek berbasahkan airmata. Sayu. Cepat-cepat aku sapu airmata nenek.

"Nenek jangan menangis, Fa sayang nenek.." Aku cuba memujuk nenek. Namun desah gelora jiwaku ternyata lebih hebat. Aku turut menangis lalu memeluk nenek erat. Dalam pelukan nenek aku menangis semahunya.

"Fa jangan nangis, tidak kira samada nenek hidup atau tidak, kalau Fa betul-betul sayangkan nenek, sedekahkan doa untuk nenek, sedekah fatihah untuk nenek.. InsyaAllah.. kasih sayang antara kita tidak akan terputus sampai bila-bila," Ujar nenek sambil mengelap pipiku dengan tangannya yang penuh rasa kasih. Nenek mengukir senyum, senyuman yang paling manis. Walaupun sukar, aku memaksa diri membalas senyuman terindah nenek.

Bas bagaikan berjalan terlalu perlahan. Setiap sela waktu bagaikan menghiris, menikam jantungku. Menyeksakan. Kenangan bersama nenek satu persatu berlegar-legar di kotak ingatanku. Wajah nenek di segenap penjuru ruang. Aku ingin segera pulang ke pangkuan nenek, aku ingin cepat sampai ke rumah kesayangan nenek. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.. Tempatkanlah nenekku dalam golongan yang Engkau kasihi.

Amin ya rabbal alamin..



Saturday, May 8, 2010

Naskah Mama

Hari ini sama seperti hari-hari semalam.Mama masih terbaring kaku.Cuma kadang-kadang terdengar sayup-sayup alunan zikrullah bersilih ganti dengan deruan nafas mama.Wajah pucat mama , ku pandang sepi.Mama cuba mengukirkan senyuman taktala pandangan mata kami bertaut.Namun senyuman mama tak lagi seceria dulu.Aku tahu mama sedang berlawan dengan kesakitannya.Penyakit barah yang ditanggung mama sudah sampai ke tahap akhir.Kata doktor segalanya sudah tersurat.Kami hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa.

Sejak mama sakit kuat cuma aku yang berada di sisi mama.Itu permintaan mama.Walaupun along dan angah menawarkan diri untuk menjaga mama, tetapi mama menolak.Mungkin mama tak mahu membebankan mereka kerana mereka sendiri terikat dengan urusan kerja.Aku pula sedang menuggu keputusan spm dan tidak terikat dengan mana-mana urusan.Jadi tanggungjawab aku Cuma pada mama. Sejujurnya aku kagum dengan mama.Mama tak pernah mengeluh walaupun mama menghidapi penyakit yang bagi aku tiada penyembuhnya.Mama juga tidak seperti makcik Hanim, rakan sebilik mama di hospital yang akan menghentakkan kepalanya pada meja pabila di serang rasa sakit.Sebaliknya mama akan berzikir berulang-ulang kali sambil jari jemarinya kejap menggenggam tanganku.Aku tahu mama menanggung kesakitan yang teramat sangat.Aku sebak melihat mama terpaksa menanggung kesakitan. Saat itu, kolam airmataku mula pecah.

Pernah suatu ketika mama memelukku sambil membisikkan sesuatu pabila mama melihat aku menangis. “Amani tak patut menangis sayang.Sebenarnya Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita.Lebih berat dugaan yang kita hadapi, lebih banyak kasih sayang Allah kepada kita.Allah sayang mama, sebab itu Allah uji mama.Allah kurniakan pada mama anak-anak yang hebat dan sentiasa berada di sisi mama. Insyaallah, mama dapat tempuhi ujian Allah ini..”

Mama Mengeratkan lagi pelukannya.Buat entah ke berapa kalinya, air mata aku tumpah di bahu mama.Aku sayangkan mama.Aku tak sanggup kehilangan mama !!!!

Saban hari aku setia menemani mama.Aku jadi semakin akrab dengan mama.Aku kesal kerana aku jarang berbual, bermesra dan bersama dengan mama sebelum ini.Aku anak yang pentingkan diri. Aku pernah merajuk berhari-hari dengan mama kerana teguran mama.
“Mama tak nak Amani lalai dan tewas dengan bisikan nafsu duniawi.Amani adalah amanah Allah buat mama.Jadi, mama mahukan yang terbaik buat anak mama.Walaupun Amani tak macam along, angah, achik dan adik, mama tetap sayangkan Amani.Tak ada apa-apa yang boleh mengubah kasih sayang mama pada Amani kerna mama sedar iman tak boleh di warisi..”
Aku tersentak sewaktu mendengar kata-kata mama.

Memang benar..Aku tak seperti adik beradik aku yang lain.Aku tak bertudung labuh seperti angah dan adik.Aku juga melakarkan sejarah kerana menjadi satu-satunya anak mama yang memilih menyambung pelajaran bukan dari sekolah beraliran agama.Natijahnya, aku makin hanyut di buai kenikmatan duniawi. Namun, aku bersyukur kerana sekarang aku kembali rapat dengan mama.Aku juga semakin matang.Jauh di sudut hati aku bersyukur kerana Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima Hidayah-Nya.Tekadku Cuma satu.Aku ingin menjadi anak perempuan mama yang solehah.Aku tak sanggup mengkhianati kasih sayang mama dengan membuka mana2 pintu neraka buat mama.

“Ya Allah, ampunilah segala dosa serta kekhilafan daku Ya Allah.Teguhkanlah imanku agar hamba-Mu ini sentiasa terpimpin di jalan yang di redhai-Mu.Amin.”

Hari demi hari mama semakin berjaya membentuk aku mengikut acuan islam.Kesihatan mama pula semakin membimbangkan aku.Walaupun mama hanya mampu berbaring, mama tak pernah jadikan semua itu alas an untuk berhenti beribadah pada Allah.Taktala sakit mama menyerang, mama tetap setia dengan alunan zikrullahnya.Mama benar-benar mengabdikan diri pada Dia Yang Maha Esa.Aku insaf melihat kesungguhan mama beribadah pada-Nya.Aku insaf !!!!

Seperti biasa, menjelang hujung minggu along dan angah akan ke pulang ke kampung untuk melawat mama.Adik yang demam turut berada di rumah.Cuma Achik yang tak dapat pulang kerana sedang menduduki peperiksaan di universiti.Selepas makan malam, aku menjenguk mama di bilik.Wajah mama tampak berseri-seri.Aku cukup gembira dengan perubahan kesihatan mama. Selang beberapa minit kemudian, angah keluar dari bilik mama sambil membawa satu bungkusan. Kemudian angah cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.Waktu itu aku lihat wajah angah suram dan matanya berkaca.Aku keliru.. Adakah angah menangis, tapi mengapa ?

Malam itu, tepat pukul 2.30 pagi aku terjaga kerana dikejutkan dengan bunyi helaan nafas mama.Secepat kilat aku membuka lampu dan mengejutkan semua.Kemudian, aku menghampiri mama.Aku belai wajah cengkung mama sambil memanggil mama.Namun panggilanku sepi tanpa suara. Aku pegang kaki mama.Sejuk.. Aku semakin kalut.Adakah masa mama sudah tiba? Aku genggam tangan mama sambil hatiku berdoa berkali-kali.

“Ya Allah..Aku sayangkan mama.Aku masih perlukan mama di samping aku.Aku tak sanggup kehilangan mama.Ya Tuhan, izinkanlah mama untuk terus bernafas di bumi-Mu ini”

Aku lihat along berulang kali membisikkan kalimah syahadah di telinga mama.angah dan adik pula mengongoi-mengongoi memanggil mama.Namun, mama tak menunjukkan sebarang reaksi.Masyaallah…

Aku dapat rasakan genggaman tangan mama tidak lagi sekejap tadi.Jantungku berdegup kencang..!! Akhirnya nafas mama terhenti secara tiba2.Mama pergi menemui Pencipta-Nya.Serentak dengan itu along memeluk aku, angah dan adik sambil membisikkan kata2 semangat. “Adik-adik along mesti kuat semangat.Kita mesti redha dengan pemergian mama.Setiap yang hidup pasti akan mati.Kalau kita sayangkan mama, tingkatkan amalan kita. Insyaallah, kita akan bertemu mama di syurga kelak..”

Saat itu, aku seolah olah terapung di angkasa.Aku hanyut di buai perasaan sedih, pilu dan terseksa.Sedar-sedar, aku berada dalam pelukan along tanpa setitik airmata. Usai urusan pengkebumian mama, aku berbaring di atas katil mama.Aku pejamkan mata dan mula membayangkan mama memelukku seperti biasa.Waktu itu, air mata ku mula mengalir deras.Aku rindukan mama.Aku rindukan segala-galanya tentang mama.

Tiba-tiba angah muncul lalu menghulurkan bungkusan yang aku lihat semalam.Rupa-rupanya senaskah Al-Quran.Melihat aku yang terpinga-pinga, angah mula bersuara.“Semalam waktu angah berbual dengan mama, banyak yang mama pesan pada angah.Mama seolah-olah sedar masa mama sudah hampir.Mama suruh angah berikan quran ni pada Amani sebagai panduan untuk Amani teruskan kahidupan ini.Sebenarnya mama pilih Amani menemani mama sebab mama nak didik Amani agar tersedar dari mimpi-mimpi indah dunia ni.Alhamdulillah, angah bangga dengan amani.Nampaknya mama berjaya mendidik amani.”

Angah terus memelukku.Kami menangis bersama-sama.Namun jauh di sudut hatiku, tertanam satu azam.Aku tak akan mengsia-siakan pengorbanan mama. Akhirnya, aku semakin dekat dengan Dia Yang Maha Esa.Buat pertama kalinya, aku ikhlas mengikut jejak langkah angah dan adik dengan mengenakan jubah dan bertudung labuh.Aku semakin tenang dengan perubahan ini.Alhamdulillah..semuanya berkat kesungguhan mama.Aku temui Hidayah-Nya kerana mama.Sesungguhnya aku berbangga kerana dilahirkan oleh seorang wanita seperti mama.

Thursday, May 6, 2010

CERITA TIGA BERADIK: TIADA LAGI HARI IBU


“assalamualaikum.. along, angah, adik, bangun.. subuh dah ni..” Mak memberi salam dan mengetuk pintu untuk mengejutkan Si Tiga Beradik seperti biasa.

“eh? tak berkunci pintu ni..” getus hati Mak kehairanan lalu menguak pintu bilik kayu itu.

“ASSALAMUALAIKUM MAK! SELAMAT PAGI! SELAMAT HARI IBU!” teriak Si Tiga Beradik serentak, memecah sunyi pagi subuh itu. Mak yang masih di muka pintu tersenyum lalu mendekati Si Tiga Beradik dan memeluk mereka.

“terima kasih.. sayang anak-anak mak..” Mak meluahkan rasa hatinya kepada Si Tiga Beradik, namun hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

Melihatkan anak-anaknya dah bangun, mak pun kemudiannya berlalu pergi untuk menunaikan solat subuh. Si Tiga Beradik memandang sesama sendiri sambil mengenyitkan mata.

“MISI SUPRISE BERJAYA!” serentak lagi teriakan mereka sambil menunjukkan ibu jari masing-masing.

***

Selesai solat subuh secara berjemaah, Si Tiga Beradik masuk ke bilik. Abah juga terus bangun meninggalkan sejadah. Mungkin ada kerja yang ingin dilakukan. Namun, Mak seperti biasa tidak berganjak dari kain sejadahnya dan masih dalam telekung putih yang dihadiahkan oleh Si Tiga Beradik setahun yang lepas.

Tidak lama kemudian kedengaranlah alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh suara merdu Mak. Dibaca ayat demi ayat dengan penuh khusyu’, tadabbur, dan bertajwid. Dan seperti kebiasaannya, alunan merdu yang menghiasi seisi rumah itu ditamatkan tatkala jam menunjukkan pukul 7 pagi.

“sodaqallahul azim..” Mak menamatkan bacaannya dengan iringan ‘alarm clock’ yang berbunyi sebanyak tujuh kali. Selepas melipat kain telekungnya, Mak bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Suasana pagi masih belum terang. Matahari masih belum naik. Mak memetik suis menghidupkan lampu dapur yang dalam kesamaran.

“SARAPAN DAH SIAP!” tiba-tiba Si Tiga Beradik muncul. Dapur menjadi terang benderang. Si Tiga Beradik tercongok di tepi meja makan sambil menunjukkan ke arah meja. Mak yang tadinya terkejut dengan teriakan Si Tiga Beradik mengalihkan pandangannya ke meja. Beberapa pinggan kuih muih sudah terhidang di atas meja. Satu jag air teh pun telah siap dibancuh.

“jom makan, sayang..” Abah pula tiba-tiba muncul di belakang Mak dan memegang bahu Mak lembut. Abah memimpin tangan Mak ke meja bagaikan raja yang mengiringi permaisurinya ke meja santapan. Romantik sungguh. Mak tersenyum lagi. Hampir-hampir matanya berkaca-kaca. Namun keterharuan itu diluahkan dengan lisan penghargaan.

“terima kasih, bang..” sambil Mak mendakap Abah. “terima kasih along, angah, adik..” Mak mengusap kepala Si Tiga Beradik pula.

*******

Si Along memberhentikan lamunannya. Kalau boleh plot di atas yang dirancangnya tadi dapat dijayakan bersama-sama Si Angah dan Si Adik pada Hari Ibu esok. Tapi....

***

Si Angah meletakkan pen dan merenung kertas di hadapannya. Kalau boleh cerita di atas yang ditulisnya dapat menjadi kenyataan pada Hari Ibu esok bersama-sama dengan Si Along dan Si Adik. Tapi....

***

Si Adik terjaga daripada tidurnya. Kalau boleh mimpinya di atas tadi dapat menjadi realiti pada Hari Ibu esok bersama-sama Si Along dan Si Angah. tapi....

***

Tapi.... Si Tiga beradik sedar. Apa yang dilamunkan bukanlah untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang ditulis bukanlah cerita untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang dimimpikan pun bukanlah realiti untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas.

Kini.. Si Tiga Beradik sedar. Tiada lagi layanan dan hadiah Hari Ibu yang dapat mereka berikan. Hanya satu sahaja tanda kasih sayang dan terima kasih mereka kepada Mak yang dapat mereka buktikan. Hanyalah dengan menjadi anak-anak yang soleh yang tidak kan pernah lupa untuk terus mendoakan ibu mereka di sana.

Si Tiga Beradik berpandangan sesama sendiri, dengan mata yang berkaca, dan dengan suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan mereka berdoa.... Ya Allah, rahmatilah ibu kami!

Friday, April 30, 2010

Ciumlah Ayah Sebelum Yang Terakhir

Ayah aku meninggal 5 Ogos 2002 pada jam 3. 25pm. Perkara yang aku tuliskan di sini adalah untuk mereka yang masih lagi mempunyai orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan emak yang kesorangan. Anak-anak semua dah dewasa dan berkerja jauh. Hidup ini seolah tiada erti. Selama nie setiap suka duka pasti akan dimaklumkan pada emak dan abah. Kalau naik gaji atau dapat keputusan bagus pasti mereka mereka dimaklumkan sepaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah meninggal dalam pelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah di telinga kirinya dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya. Ini adalah kali pertama aku melihat saat kematian. Masih terbayang abah memandang jauh kehadapan dan matanya ke atas sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang, semoga roh abah ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Syukur solat jenazah abah lebih dari seratus orang. Syukur abah dikebumikan dengan selamat. Sejam sebelum kematian aku sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak emak berjalan-jalan.

Waktu tu abah dah sihat dan sudah ada selera makan. Selepas itu, abah suruh pergi buat kad pengenalan baru pada esok hari. Sebab abah dan emak baru sahaja buat kad pengenalan baru kelmarin. Abah kata hanya memakan masa sehari sahaja dan tidak perlu ambil gambar dekat kedai gambar kerana pejabat pendaftaran sudah mengunakan digital kamera.

Abah kata jangan pakai baju putih kerana nanti gambar tidak jelas. Tetapi tidak sangka keesokan harinya aku pergi ke sana bukannya untuk membuat kad pengenalan baru, sebaliknya untuk membuat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa kita tidak boleh menpercepat atau melengahkannya walaupun sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah di masa tu. Seakan tidak percaya abah hanya melihat ke atas dan menututup mata. Badannya tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma hendak baring sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali aku pergi ke rumah mayat jenazah, pertama kali naik van jenazah, pertama kali aku membuat sijil kematian, pertama kali tidak tidur dua hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar, semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga aku tidak akan berjumpa abah lagi.

Aku memandikan abah dan memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi, pipi kanan, pipi kiri, dan bangun. Namun, tiba-tiba hati aku ingin terus mencium abah lagi. Aku membongkokkan kaki dan mencium dahi abah semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah. Tetapi apabila sudah dewasa sudah lama aku tidak mencium pipinya.

Aku dan abang mengangkat jenazah abah dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu, penglihatannya kosong. Setelah 36 tahun hidup bersama abah kini tinggal seorang. Selaku seorang anak, aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam, sabar dan alim. Jemaah masjid, bendahari masjid dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.


Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang aku sayang abah cuma dengan abah aku hormat dan memendam kasihku. Lainnya pula dengan emak yang sentiasa berterus terang dan seringkali tidur di peha. Kelmarin, aku baca dairi abah. Tidak sangka abah pun tulis diari. Tiada perkara di dalam dairi itu melainkan perkara tentang anak-anaknya . Semuanya berkisar tentang anak-anaknya.

Aku sendiri tak ingat bila aku membeli kereta tetapi abah catat
18 February: Rizal beli kereta satria hijau 1.6. Abah catat setiap kali anaknya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL dan terdapat juga dalam catatan abah. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat Rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. Abah catat Kak Se keguguran. Abah catat Shaifol, abangku yang sulung ke KL. Menangis kami semua apabila membaca dairi abah.

Abah sayang anaknya tetapi tidak pernah tunjuk sebab abah lebih suka mendiamkan diri dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain, abah hanya banyak bercakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung abah baru-baru ni cakap;


"Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir yang aku bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dan lain-lain memang semua tersusun. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru. catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur". Abah gariskan perkataan ingat kubur dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.

Abah memang suka budak kecil. Pantang berjumpa anak kecil pasti di dukungnya, bawa berjalan-jalan. Cucu-cucunya setiap kali balik pasti hendak tidur bersamanya. Kini semuanya sudah tiada. Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana kehidupan ini untuk diteruskan tanpa abah. Aku baru bercadang hendak balik dan bertekad bonus tahun ini akan ku berikan abah dan emak masing-masing seribu ringgit. Tetapi Allah lebih menyayangginya. Abah meninggal 5hb tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk pada 10hb Ogos 2002.

Tidak sangka bonusku digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. Tok Imam ada memberitahu kepada kami;

"Kubur ayah dikorek selepas itu ditanam tetapi tanahnya masih penuh dekat tepi. Terlebih, tandanya seorang yang pemurah. Sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tidak cukup tanah."

"Abah kamu wajahnya senyum walaupun sudah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih. Tidak ada kotor, najis pun tidak ada"


Perkara itulah menyedapkan hati kami. Aku solat Jumaat minggu sudah di Masjid. Aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu."

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun. Ya Allah, sesungguhnya kehilangan ini memberi hidayah kepada aku. Talkin buat abah masih segar.


"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

Kita yang hidup akan pergi juga. Lelaki berat tanggungjawabnya. Suami menanggung dosa isteri dan anak-anak. InsyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma, aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah. Emak juga seorang yang solehah. Aku yakin Allah Maha Pengampun dan Maha Bijaksana dalam menentukan Al-Mizan.

Dahulu emak dan abah setiap waktu ke Masjid. Di rumah mereka sentiasa berdua. Tetapi sekarang ini, emak kata emak takut hendak ke masjid seorang diri. Takut hati tidak tenang teringatkan abah. Inilah perasaan aku sekarang.

Buat kalian yang masih ada emak dan ayah jadikan ini iktibar. Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan kasih sayang anda.

Sunday, April 25, 2010

Duri Kehidupan 3

Kehidupan seharian selama 6 bulan telah menemukan aku dengan banyak kawan yang berlainan dari seluruh tempat, aku mengenali mereka tanpa mengira paras rupa, keturunan dan asal usul mereka. Malah kawan aku bukan sahaja dari kaum hawa tetapi juga kaum adam. Kebeasanku bergaul menyebabkan kamu hawa tidak menyenangiku, tetapi pada musim pertama persekolahan aku tidak menyedari anggapan orang sekelilingku, malah aku tidak mudah berputus asa untuk meneruskan perjalanan hidup yang aku sendiri tidak tahu bilakah ianya berakhir??

Perjalanan hidup yang penuh dengan kebencian masyarakat menyebabkan aku tidak mudah mempercayai orang lain. "Kegembiraan bagi aku adalah satu perkara biasa yang orang lain boleh gunakan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi apabila menerima sesuatu tugasan ataupun kerja-kerja yang memenatkan". tetapi dalam konteks kehidupanku aku mendefinasikan kegembiraan itu adalah sesuatu yang tidak ada makna dalam diriku, kerana setiap kegembiraan yang lahir dalam diriku hanya tipu belaka.

Aku menyembunyikan kesedihanku dengan memberikan senyuman manis kepada setiap orang ku temui tetapi disebalik senyuman itu terselindung penderitaan yang tidak dapat orang lain rasai. Ketika itu au sungguh bahagia bersama-sama rakan yang aku fikirkan akan mejadi teman dalam persahabatan, malangnya kegembiraan itu bersifat sementara apabila aku memasuki semesta kedua pengajian, ketika itulah aku mula mengenali mereka dengan lebih rapat dan dapat memahami setiap langkah yang mereka rancangkan.

Walaupun aku lebih mengenali mereka tetapi aku tidak akan mudah membenci dan buruk sangka terhadap orang lain, segala kesunyian itu bersifat apabila aku bertemu dengan seseorang yang aku sayangi. Ketika itu, aku begitu bahagia kerana dia begitu istimewa, bila aku mendampinginya aku mengingati kisah lalu tentang lelaki pertama ayng aku sayangi pada zaman persekolahan. Semua sifat fizikal yang dia miliki sama seperti orang itulah faktor utama yang membuatkan aku menyayanginya, aku terlalu merinduinya dan apabila aku bertemu dengan ah orang yang serupa dengannya aku merasakan chal's aku sudah kembali semula.

Sepanjang 2 bulan kami menjalankan hubungan, aku terlalu manyayanginya tetapi tanpa aku sedari, akhirnya perpisahan juga menjadi tema utama hubungan kami, aku sering kali menangis kerna aku tidak boleh melupakan dia sehingga ke hari ini aku masih merinduinya. Biar pun jauh di mata tapi hati tidak pernah melupakannya. Bila aku terlihat tempat yang banyak kenangan bersamanya aku mula mengalirkan air mata. Kenapakah semua ini terjaid kepada diriku, kenapakah aku tidak membencinya? aku tidak dapat melakuknya, semakin aku ingin melupakan semua kenangan bersamanya, rinduku semakin kuat padanya. Aku bertekad tidak akan melupakannya, tapi aku akan menjadikan semua kenangan itu terus berlalu. Aku ingin dia bahagia bersama wanita yang dia cintai, walapun berat untukku tanggung tapi dengan melihat kegembiraan di wajahnya, aku sudah berpuas hati kerana aku berjaya memberikan cahaya kegembiraan kepadanya, walapun nyawa sekalipun aku akan berkorban.

Hampir 3 minggu sudah berlalu, dia menghubungiku semula kerana dia menyatakan dai begitu merinduiku, pada masa itu aku tidak dapat membayangkan betapa aku gembira, tapi aku tidak mampu untuk meluahkan isi hatiku kepadanya, sebab aku tahu dai sudah menjadi milik orang lain. Aku hanya mampu untuk mengucapkan " Semoga Berbahagia" dia cuma ketawa kecil, tapi di sebalik senyumannya aku tahu dia juga masih menyayangiku tapi dia tidak mampu untuk meluahkannya kerana dia tidak akan mengulangi perkara yang sama kepada kekasih yang baru. Sehinggalah kami membuat keputusan untuk tidak berhubung lagi dan melupakan semuanya. Pada saat itu, kami menjadi sahabat yang begitu jauh dan saling tidak mengenali.....

TAMAT...

Saturday, April 24, 2010

Duri Kehidupan2

Tanggapan terhadap lelaki telah melalaikan aku... kata-kata yang dulu telah membuatkan aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Kata-katanya membuatkan aku betul-betul sayangkan dia... hampir 3 bulan kami menjadi pasangan, perhubungan kami terhenti seketika apabila kami terpaksa berpisah untuk menjalani latihan Khidmat Negara. Dia ditenpatkan di daerah kami tetapi aku ditempatkan yang boleh memisahkan kami (Sepang, Selangor) perhubungan semakin renggang apabila alat perhubungan tidak mengizinkan aku untuk berhubunga dengan dia. Kesetiaan dan kejujuran aku terhadapnya hanya tuhan yang tahu betapa aku begitu menyayangi dirinya.

Aku sangkakan dia sama sepertiku, tetapi tamat menjalani latihan. Aku ternampak dia berjalan dengan seorang gadis lain. Hatiku begitu terluka bila melihat dia mempermainkan aku, sepanjang perjalanan aku mengeluarkan air mata tanpa segan silu daripada orang sekelilingku... dia tidak pernah menghulurkan maaf daripada ku... aku sentiasa mengeluarkan air mata kerana aku begitu menyayangi dirinya, tapi dia bukan dicipta untuk ku dan aku bukan untuknya... selama setahun aku menanti dirinya tetapi tidak pernah muncul di hadapanku, sejak itu aku berazam akan melupakan semuanya. Walaupun berat untuk aku melepaskan dia pergi tapi kau ingin melihatnya gembira bersama orang yang dia sayangi,

Kegembiraannya adalah kebahagiaanku.. sehingga sekarang khabar berita daripadanya tidak lagi kedengaran lagi di telinga kecilku. Harapan aku terhadapnya masih segar sejak dari mula aku menyintainya. Kerana masih berada dalam kekecewaan aku telah di tawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di sanalah aku memberikan peluang kepada diriku untuk mencuba nasib di tempat orang, dan inilah masanya aku berpeluang untuk hidup berdikari tanpa keluarga, aku lebih menyukai tinggal jauh daripada keluarga yang banyak memberikan aku tekanan... semasa memasuki ke persekolahan baru, aku menetapkan satu azam untuk mengubah nasib keluarga kami, pertama kali persekolahan aku sering menangis merindui ibuku, sebenarnya aku tidak mahu menyambung persekolahan tetapi aku ingin membuktikan kepada keluarga yang selama ini menganggap aku tidak layak untuk berjaya. Kata-kata itulah yang memberikan aku kesedaran bahawa aku mesti menjadi yang terbaik dan apa yang mereka sangkakan selama ini adalah tidak benar...

Bersambung.....

Thursday, April 22, 2010

Duri Kehidupan 1

TAHNIAH, ucap cikgu hasnah sambil tersenyum erat melihat wajah ayu ku yang cukup di sayangi oleh cikgu-cikgu di sekolahku.
Tapi, kehidupan yang penuh persoalan membuatkan diriku tersisih daripada rakan-rakan sekolah yang tidak menyenangi akan setiap kehadiranku. Disebabkan hal tersebut, aku disisihkan tanpa memikirkan perasaan yang aku rasakan. "Adakah mereka merasakan perasaan ku sekiranya mereka diperakukan begini?", aku yakin merekan tidak setabah yang aku alami sekarang. Kehidupan yang menjadi kebencian dan percakapan orang menjadikan diriku begitu bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan aku kekuatan yang aku sendiri tidak menjangkakannya.

Aku membelek sekali lagi perjalanan kehidupanku yang tertera mengenai kehidupan berkeluarga yang sering membuatkan diriku menjadi lemparan tuduhan yang membuatkan diriku aku tertekan. Aku tidak pernah menduga sepanjang melalui kehidupan bersama-sama keluarga, hatiku menjadi begitu tabah mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran yang aku sendiri tidak mengerti apakah aku dilahirkan di dunia ini menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak pernah memahami isi hati seseorang dan hanya menjaga kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang yang mereka sakiti. Aku hanya dapat bersabar dan menahan kepedihan, walaupun berat untuk aku terima. Aku mesti akur dengan kehendak Allah s.w.t dan menganggap bahawa perjalanan hidupku masih panjang dan banyak lagi cabaran yang perlu aku harungi untuk terus mencapai kejayaan yang aku inginkan dalam hidupku.

Sehinggalah aku memasuki alam remaja. Ketika itu aku berusia dalam jangkauan 16 tahun , kehidupan yang dulu semasa alam kanak-kanak muncul menyelami hidup ku semula, kebencian masyarakat di sekelilingku membuat aku membenci diri sendiri. Tetapi apakan daya aku tidak mampu megubah keadaan dan takdir yang telah diciptakan untukku selagi ada iman di dada selagi itulah aku akan terus maju kehadapan untuk memerangi cabaran dan dugaan yang seterusnya untuk menjadi insan yang berjasa kepada keluarga, walaupun pada hakikatnya masalah kekeluargaanlah yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar..

Sejak berada di usia remaja, diriku banyak berubah dan aku lebih suka berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Walaupun ingin hidup berdikari tapi hajatku tidak kesampaian kerna apa saja yang ingin aku lakukan tidak mendapat restu daripada ibuku. Perasaaan mula tidak menentu apabila saudara kandungku di beri kebebasan untuk menentukan hala hidupnya tanpa halangan daripada keluarga. Pujian yang mereka berikan kepada kakakku membuatkan aku terasa diri tidak sesempurna orang lain, malah mereka sentiasa melemparkan hinaan dan menyamakan aku dengan perempuan jalanan yang tidak mempunyai maruah diri . Penghidupan yang di jangkakan hidup dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang sesebuah keluarga tidak pernah wujud sepanjang aku dilahirkan di muka bumi yang di ciptakan oleh tuhan dan merupakan anugerah yang tidak terhingga sehingga ke hari ini, sekiranya kita lihat melalui mata kasar dunia ini diciptakan penuh dengan kebahagian dan kasih sayang, tetapi sejak aku di lahirkan aku tidak pernah merasa kebahagian dan kasih sayang itu daripada orang yang bergelar keluarga.

Sejak dulu lagi penceraian kedua orang tua ku telah banyak memberi pengajaran dan aku lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi kami berdua adik-beradik telah di didik dengan penuh berdisiplin, tetapi aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku tidak mempunyai seorang ayah seperti orang lain ... oleh sebab itulah aku terasa diriku tersisih daripada orang lain... aku seirng mengeluarkan air mata bila mengenangkan keadaaan ibuku yang sering mencari rezeki untuk mendapatkan sesuap nasi. Ibuku berkerja dari pagi hingga ke malam untuk menjadikan kami sesempurna orang lain. Tapi apabila kami mencapai dewasa ibuku tidak berasa risau untuk melepaskan kami. Aku merasa aku dah cukup dengan ada seorang ibu yang sangat aku kasihi... tetapi impian ku berakhir apabila ibu telah berkahwin dengan seorang lelaki yang aku anggap boleh membahagiakna ibuku... sepanjang 6 tahun berkahwin ibuku sangat gembira dan bahagia walaupun tanpa cahaya mata. Kebahagiaan itu hanya sementara, ibuku menderita semula apabila ayah tiriku berkahwin lain hany disebabkan ibuku tidak boleh memberi zuriat.

Penderitaan ibuku membuatkan kami adik-beradik menangis melihat keadaan ibuku yang sering berdiam diri atas orang yang bernama lelaki. Sehingga sekarang aku tidak pernah mempercayai lelaki, ketabahan ibuku telah mengajar ku erti sifat kesabaran, aku tidak pernah lari dari membuat kesilapan, malah aku bersyukur kerana ujian-ujian yang aku terima daripada tuhan mengajarku supaya lebih tabah dan memikirkan bahwa ada lagi masyarakat di sekeliling kita lebih menderita daripada apa yang aku alami sekarang...

bersambung......