Saturday, April 10, 2010

Pendengar yang Baik

Oleh : Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

No one can possibly know everything. Listening to others is the single best way to learn. Nobody is more persuasive than a goo listener.


Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan. Cuba perhatikan kehidupan seharian anda. Cuba perhatikan mereka disekeliling anda. Anda akan dapati jumlah mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik adalah terlalu sikit.

Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan pendengar yang baik. Kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak anda bermasalah. Faktor ini juga menyebabkan keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Anda juga mungkin tidak begitu disenangi oleh mereka disekeliling anda hanya kerana faktor yang sama.

Terdapat 2 sebab utama kenapa anda merti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik.

  1. Anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui hanya setelah anda sanggup mendengar.
  2. Manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.

"I don't sit on top of an mountain and get these visions of what we ought to do , I have to find out from other people. I have to do a lot of listening".

- Richard C. Buetow -
- Director of Quality, Motorola Inc. -


Mereka yang telah berjaya seperti Buetow juga mengambil langkah untuk menjadi pendengar yang baik bagi membentuk matlamat syarikatnya. Dia tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik :

  • Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
  • Berikan perhatian sepenuhnya.
  • Berikan 'eye-contact'. Lihat tepat kedalam anak matanya.
  • Anggukkan kepala sebagai tanda gerakbalas anda.
  • Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya... ya... aha".
  • Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
  • Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara ayng dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
  • Elakkan dari mengkritik.
  • Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
  • Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
  • Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
Anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Perhatikan bagaimana mereka disekeliling anda mula mengutamakan anda. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu lebih berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman karibnya. Orang bawahan anda mula meghormati anda sebgai ketua. Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar yang baik.








No comments:

Post a Comment