Petang tadi, pergi ziarah mereka lepas agak lama tidak pergi. Pergi berseorangan. Aku pilih untuk pergi sendiri kerana aku perlukan masa bersendirian. Cuba untuk ajak Domo, tapi mendung seakan-akan mahu hujan lebat. Jadi, terpaksa menyuruh dia untuk tidak ikut pada saat-saat akhir.
Tanah perkuburan ABAH AYAH tidaklah jauh mana. hanya 10 minit dari UNITEN, kawasan Tanah Perkuburan Islam Kg Dato Abu Bakar Baginda.
Semakin dekat dengan kawasan perkuburan, semakin laju jantung berdegup laju. Lepas park kereta, hujan mulai turun. Melihat kawasan perkuburan itu, hati teragak-agak untuk melangkah bagi mencari ABAH AYAH. Hati seakan-akan mahu memandu keluar dari kawasan itu. Bila memikirkan agak lama tidak menziarah mereka, aku mengambil sedikit masa untuk keluar dari kereta.
Dengan mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit, akhirnya keluar juga dari kereta. Hujan semakin lebat, tanpa berpayung, kaki melangkah mencari pusara ABAH AYAH sambil membawa sebotol air. Mencari dan mencari pusara mereka. Aku pergi mencari pusara AYAH dahulu, membersihkan sedikit pusara AYAH dan memcuci nisan AYAH. Membaca doa untuk dia dan bergerak mencari pusara ABAH. Pada pusara ABAH, perkara yang sama aku lakukan seperti pusara AYAH.
Saat mencuci batu nisan ABAH AYAH, aku merasakan seperti menyentuh muka mereka. Perasaan sayu mula terbit. Aku terus gerak balik kerana tidak sanggup menangis di sana. Sampai didalam kereta, aku tutup radio, dan mengambil masa untuk menenangkan diri. Sepanjang perjalanan fikiranku melayang. Rinduku kepada mereka semakin membuak.
Sampai di Ilmu, aku tidak naik ke rumah. Sebaliknya, duduk didalam kereta. seakan-akan ada yang tidak mahu aku keluar dari kereta.
Sampai sekarang, aku masih rindukan mereka.
"Ya Allah, senangkan mereka di alam sana. Sesungguhnya, aku amat menyayangi mereka dan Kau jua sama. Aamiin"
No comments:
Post a Comment