Thursday, February 11, 2010

~Ingatan bagi pelupa: Sesal hasil marah paling nyata~

Marah yang terbit daripada sifat takbur, sombong, bongkak dan kebanggaan melahirkan perasaan meninggikan diri, hasad, dengki dan berebut pengaruh.

Ada kalanya kemarahan hanya untuk kepentingan diri, bukan mendidik dan mengajar.

menahan kemarahan seperti itu banyak maaf (hilm) dan banyak menahan hati (tahallum) kerana marah adalah tabiat diri.

Biasanya jika marah kepada yang disegani, perasaan dipendam dalam hati dan muka menjadi suram.

Jika marah kepada sama usia, muka merah badan gementar dan ada kalanya terselah kemarahan itu.

Ada juga sikap marah yang lahir daripada sikap pergaulan dengan orang pemarah.

Disebabkan itu, kita juga menjadi mudah marah sebaliknya apabila bergaul dengan orang yang tenang dan lemah lembut, si pemarah akan luntur sifat pemarahnya.

Sesal adalah sifat marah yang paling nyata. Akibat suka marah, kawan semakin kurang, yang dibenci bertambah banyak, musuh bertambah gembira memperolok-olokkan, orang yang dengki bertambah suka mempermainkan. Anak suka sekali mencemuh dan meniru.

Seorang bapa memarahi anaknya dengan berkata : "Awas, nanti kamu semua saya 'timbang' dengan kaki kiri, dan saya kirimkan masuk kolam."

Disebabkan sering dimarahi begitu, anak yang mendengar memarahi kawannya dengan kata-kata yang sama. Hasilnya, akibat kesombongan dan sering dimarahi bapa mejadi bahan ejekkan anaknya.
Sumber : Buku Tasauf Moden - Prof Dr Hamka

No comments:

Post a Comment