Saturday, April 3, 2010

Membina Persahabatan yang Murni

Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

DEMI sebuah persahabatan atau jalinan sesama manusia biarpun berlainan agama, pegangan, fahaman dan akidah, kita rela menghadiri majlis yang dianjurkan mereka. Rasa hormat kepada sebuah persahabatan, integrasi nasional demi pengukuhan perasaan muhibah yang berupaya membentuk keharmonian dan kesejahteraan negara, kita membenamkan segala rasa resah, bimbang dan curiga, lalu turut bergembira sehinggalah majlis tersebut selesai.

Dalam soal ini, kita memang tidak pernah melupakan bahawa hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam yang pada asalnya adalah hubungan antara dua manusia makhluk Allah yang masing-masing mempunyai kepentingan bersama dalam urusan keduniaan, keagamaan, kemanusiaan, kemasyarakatan, dan sebagainya. Kita perlu hidup bekerjasama demi kesejahteraan dan keharmonian, baik untuk individu, sosial mahupun negara. Lantaran itulah kita bersetuju untuk hadir pada majlis anjuran mereka.

Harus diketahui bahawa dalam sejarah awal Islam, peperangan pernah tercetus antara orang Islam dengan orang bukan Islam disebabkan oleh terputusnya hubungan kemanusiaan yang fungsinya adalah ikatan yang mengikat antara satu sama lain. Ini mendorong kepada pencerobohan dan serang menyerang seterusnya kepada bunuh membunuh. Diceritakan bahawa orang bukan Islamlah yang selalunya memulakan kekacauan dan huru-hara.

Lantaran mengekalkan hubungan baik antara orang Islam dengan bukan Islam, di samping mewujudkan situasi harmoni, damai dan sejahtera, inilah antara nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam. Kita dibenarkan menghadiri majlis anjuran orang bukan Islam tetapi jangan sampai tergadai prinsip-prinsip akidah dan hukum-hukum Islam yang adil dan bersifat universal itu. Ini perlu dipegang teguh oleh kita.

Di dalam surah al-Mumtahinah, ayat 8, Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang kafir yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu.”

Dengan ayat ini jelaslah bahawa kita sebagai orang Islam tiada salahnya menghadiri perayaan atau apa-apa majlis rakan-rakan kita yang bukan Islam seperti Tahun Baru China, Deepavali, Krismas, Gawai, dan sebagainya. Inilah antara caranya kita boleh mengekalkan hubungan baik antara rakan-rakan sepersekolahan, jiran tetangga dan masyarakat setempat namun kehadiran kita janganlah sampai menggadai kesucian akidah dan prinsip-prinsip keagamaan yng menjadi pegangan kita.

Walaupun kita berada di tengah-tengah majlis mereka dengan dikelilingi oleh ramai yang bukan Islam tetapi kesucian agama kita perlu tetap dijaga agar mereka juga tertarik akan agama kita itu.

Contohnya, jika kita menghadiri majlis anjuran rakan kita yang beragama Kristian. Rakan kita itu tentunya mempercayai bahawa Isa al-Masih atau Jesus Christ sebagai Tuhan atau Anak Tuhan, yang dirayakan hari kelahirannya pada 25 Disember setiap tahun serta merayakannya dengan jamuan pelbagai jenis makanan. Kita yang menghadiri majlis tersebut mestilah bijak menentukan makanan yang boleh dimakan atau tidak. Jika timbul keraguan tentang soal halal haramnya, janganlah dijamah makanan tersebut. Itu dari segi makanan.

Dalam soal akidah pula, kita tidak harus mengikut kepercayaan rakan kita itu. Kita tetap dengan kepercayaan kita bahawa Isa atau Jesus adalah seorang Rasul, hamba Allah, bukannya Tuhan atau Anak Tuhan. Kalau disoal oleh rakan kita, kita mesti mempertahankan akidah kita biarpun di dalam majlisnya dan dikelilingi oleh ramai rakan seagama dengannya.

Wajib kita terangkan kepada rakan kita itu bahawa di dalam al-Quran, surah Maryam ayat 30-34, Allah telah berfirman yang bermaksud bahawa Isa atau Nabi Isa sendiri telah membuat pengakuan bahawa dia adalah hamba Allah, Rasul-Nya yang telah diwahyukan kepadanya al-Kitab dan disuruh supaya menunaikan solat dan perintah-perintah Allah.

Selain daripada itu, kita juga ditegah keras mengikut adat dan budaya orang bukan Islam di dalam majlis anjuran mereka. Tetapkan diri kita dengan adat dan budaya Islam yang murni. Jika mereka melanggar hukum dan tatasusila atau sesuatu yang bercanggah dengan syariat Islam, jangan sekali-kali berpura-pura turut serta.

Jika berpeluang, berdakwahlah secara berhikmah, sekurang-kurangnya memperlihatkan personaliti sebagai seorang Islam yang mempunyai nilai-nilai yang terpuji, akhlak yang mulia dan kesopanan yang indah. Dengan cara ini orang Islam akan dipandang sebagai golongan yang bermaruah dan teguh dengan keimanannya.

Kalau kita dijemput ke majlis rakan kita yang beragama Hindu pula, inilah juga yang perlu kita lakukan. Walaupun kepercayaan orang yang beragama Hindu tidak sama dengan kepercayaan orang yang beragma Kristian tetapi kepalsuannya tetap sama. Pada perayaan hari Thaipusam contohnya, orang-orang yang beragama Hindu akan memuja dewa-dewa Subramaniam atau Murugan dan sebagainya.

Sekiranya kita menghadiri majlis mereka, ditegah sama sekali kita hanyut bersama-sama mereka untuk mempersekutukan Allah dengan dewa-dewa tersebut. Tiada salahnya kita pergi sebagai menghormati kepercayaan mereka tetapi janganlah sampai tergadai prinsip akidah Islam kita. Tunjukkan bahawa kita adalah seorang Islam yang berwibawa dan mempunyai kekuatan iman yang sukar di ganggu gugah.

Sesungguhnya kita orang Islam perlu menyedari bahawa agama Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w mengambil sikap terbuka dan lebih telus dalam konteks mengekalkan hubungan baik, mesra dan muhibah dengan orang yang bukan Islam.

Jika orang Kristian mengadakan perayaan hari Krismas, sedang pertukaran lawatan dari rumah ke rumah menjadi budaya sedemikian lama dalam masyarakat, maka Islam tidak menghalang umatnya untuk meneruskan budaya tersebut demi mengekalkan hubungan baik tetapi hendaklah dengan syarat tidak melakukan sesuatu perbuatan atau amalan yang bercanggah dengan kehendak Islam.

Sebagai seorang Islam kita perlu tahu batas-batas yang mesti dipatuhi supaya tidak dimurkai Allah. Memang semangat kejiranan, muhibah, toleransi dan sebagainya yang sering dilaungkan oleh kerajaan mesti dipupuk dengan baik dan sempurna tanpa mengetepikan hukum-hukum Islam. Ini adalah kerana kepentingan bersama dalam kehidupan sehari-harian kita di negara bermasyarakat majmuk ini tidak akan tercapai tanpa wujudnya semangat kejiranan yang dipancangkan di atas asas-asas kemanusiaan yang telus dan terbuka seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Sebenarnya, semangat toleransi dan terbuka terhadap kaum bukan Islam dapat dilihat daripada beberapa keterangan, contohnya di dalam al-Quran disuruh agar bergaul dengan ibu bapa yang masih musyrik dengan baik, selagi mereka tidak memaksa anak-anak mereka keluar daripada agama Islam. Ini dijelaskan oleh firman Allah dalam surah Lukman ayat 15 yang bermaksud:

“Dan gaulilah mereka dengan baik.”

Sesungguhnya banyak perintah Allah di dalam al-Quran tentang perkara ini dan kita dapat perhatikan bahawa Allah sentiasa menyuruh kita berbuat baik terhadap orang bukan Islam yang tidak mengganggu ketenteraman orang Islam terutama dalam soal-soal beragama dan kepentingan hidup yang lain seperti yang difahami pada ayat 8 surah al-Mumtahinah.

Terdapat sesetengah daripada kalangan kita orang Islam yang mempertikaikan bantuan sara hidup atau nafkah yang diberi kepada orang bukan Islam yang ada hak kejiranan dan sebagainya, sama ada beroleh pahala atau tidak. Mereka bimbang tidak mendapat apa-apa imbuhan daripada Allah di atas bantuan itu. Sebenarnya, sudah jelas di dalam tafsiran ayat 272 surah al-Baqarah bahawa setiap sen yang dibelanjakan pada jalan Allah tetap beroleh pahala sekalipun dibelanjakan kepada orang bukan Islam.

Di dalam “al-Siyar al-Kabir”, 1/144, Imam Muhammad Ibn al-Hassan meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah mengirimkan bantuan makanan untuk diagih-agihkan kepada penduduk kota Mekah yang kebuluran kerana dilanda musim kemarau yang panjang meskipun penduduk Mekah waktu itu terdiri daripada orang-orang yang sangat memusuhi Islam.

Inilah antara akhlak Junjungan Besar yang mulia dan patut dicontohi. Sikap keterbukaan Baginda amat jelas pada perhubungan yang akrab dengan Ahli Kitab sama ada Yahudi atau Nasrani. Baginda menziarahi dan menghormati pesakit-pesakit daripada golongan tersebut sama ada uzur atau meninggal dunia. Baginda juga sering menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Di dalam sebuah kitab lain pula, Ibni Ishak ada menceritakan bahawa pada suatu hari satu rombongan Nasara Najran telah melakukan kunjungan muhibah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu Baginda berada di Madinah. Rombongan tersebut memasuki masjid dan mengadakan sembahyang mengikut agama mereka. Para sahabat Baginda kehairanan dan menjadi riuh rendah melihat perbuatan kafir Nasrani itu melakukan ibadat mereka, lebih-lebih lagi di dalam Masjid Nabawi. Masing-masing bergegas mendapatkan pandangan Nabi s.a.w lalu Baginda pun bersabda yang bermaksud: “Biarkanlah! Biarlah mereka menghadap ke timur dan sembahyang mengikut ajaran agama mereka.”

Dalam satu kisah yang lain diriwayatkan bagaimana Rasulullah s.a.w telah menggadaikan baju perang Baginda kepada seorang Yahudi yang bernama Abu al-Syaham. Ini adalah satu contoh lagi sifat keterbukaan Baginda, padahal pada ketika itu masih ramai para sahabat yang bersedia membantu Baginda sekiranya Baginda menyatakan masalah yang dihadapi kepada mereka. Tetapi Baginda ingin menyampaikan hukum bahawa perlu mengadakan hubungan dengan orang bukan Islam. Ini amat jelas sekali, sehinggalah Baginda wafat, baju perang tersebut masih belum ditebus.

Keterbukaan yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w itu dipraktikan pula oleh Umar Ial-Khattab r.a. Pada masa beliau menjadi khalifah, beliau pernah mengeluarkan peruntukan daripada tabung harta umat Islam untuk bantuan sara hidup tetap kepada orang Yahudi. Beliau kemudiannya membaca sepotong ayat daripada surah at-Taubah, ayat 6 yang bemaksud:

“Sesungguhnya sedekah wajib itu hendaklah diagih kepada orang fakir dan miskin.”

Fakir dan miskin yang dimaksudkan di sini tidak kira sama ada Islam ataupun kafir.

Dalam contoh yang lain pula, Abdullah Ibn Umar r.a pernah mewasiatkan kepada hambanya supaya mengagihkan daging korban kepada orang Yahudi yang tinggal di sebelah rumahnya. Diceritakan bahawa beliau meninggalkan pesanan tersebut berkali-kali. Sejarah juga ada menceritakan bahawa pada suatu hari, seorang Kristian yang bernama Ibn Umm al-Harith telah meninggal dunia dan ramailah yang mengiringi jenazah beliau ke tanah perkuburan.

Dalam waktu yang sama ramai kalangan tabiin yang mengeluarkan zakat fitrah kepada paderi Kristian. Mereka tidak menganggap perbuatan tersebut satu kesalahan. Ini menunjukkan bahawa perhubungan antara orang Islam dan bukan Islam perlu direalisasikan dalam konteks mewujudkan suasana harmoni, damai, dan muhibah. Perhubungan yang erat begini perlu diteruskan dengan syarat jangan sampai tergadai prinsip-prinsip akidah, juga kesucian Islam. Ini perlu dijadikan panduan oleh kita di dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama ini.

Antara 9 SITI yang patut dicontohi:


1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Friday, April 2, 2010

Jangan perkecil khasiat telur

TELUR pernah dianggap sumber makanan tidak menyihatkan. Bagi individu yang mengamalkan diet tinggi protein, telur sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi mereka yang mengikuti diet rejim rendah lemak dan yang berhati-hati tentang paras kolesterol dalam badan.

Berbanding dengan kepercayaan tersebut, hakikatnya telur kaya dengan sumber nutrisi semulajadi. Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.

Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

ICCI Pusat Komuniti Islam

ICCI Dublin yang menjadi tumpuan umat Islam beribadat dan menjalankan kegiatan sosial.

Oleh JUFITRI JOHA

SETELAH dua kali bertukar bas dan melintasi kota Dublin yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian dan jual beli, akhirnya saya bersama saudara Adi Rahman, Pengerusi Grup Penjejak Tamadun Eropah (GPTD-E) sampai ke kawasan Jalan Clonskeagh, Dublin 14.

Di pinggir Kota Dublin ini tersergam gah sebuah masjid terbesar di Republik Ireland yang juga merupakan Pusat Kebudayaan Islam Ireland (ICCI).

Memasuki pintu utama ICCI membuat perasaan dan hati bertambah gembira apabila masjid ini amat sibuk dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan keduniaan yang turut menggambarkan betapa hidupnya fizikal dan rohani masjid ini walaupun hari tersebut merupakan hari Sabtu iaitu hari cuti.

Pertemuan singkat bersama Setiausaha kepada Imam Masjid, Ali Salim merupakan satu detik yang amat penting kerana ia menambahkan lagi koleksi jaringan umat yang harus diterokai dan disambung oleh generasi muda seperti kami.

Akibat kesibukan melayan tetamu yang hadir kami tidak berkesempatan bertemu dengan Setiausaha Majlis Fatwa dan Kajian Eropah (ECFR) iaitu Sheikh Hussein Mohammed Halawa.

Inilah kehebatan ICCI apabila turut menempatkan pejabat rasmi ECFR yang bertujuan secara umumnya untuk mengumpulkan cendekiawan dan ulama Islam terutamanya yang menetap di Eropah. Juga mengeluarkan fatwa semasa yang menjawab segala persoalan umat Islam di Eropah; menghasilkan penerbitan berkaitan kajian undang-undang dan fatwa Islam; dan memberikan panduan kepada individu yang bekerja untuk Islam khususnya untuk menyebarkan konsep Islam sebenar dan fatwa.

Lebih menarik dan hebat, ECFR ini dipengerusikan oleh ulama tersohor dunia Islam yang menjadi penerima anugerah Maal Hijrah 1431 H Kerajaan Malaysia baru-baru ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan dibantu oleh Sheikh Faisal Mawlawi.

ECFR yang diilhamkan penubuhannya pada 1997 di London turut dibarisi oleh pemuka-pemuka ilmuwan Islam seperti Sheikh Abdul Raheem al-Taweel (Sepanyol), Sheikh al-Arabi al-Bichri (Perancis), Sheikh Dr. Mustafa Ceric (Bosnia), Sheikh Rashid al-Ghanoushi (UK), Sheikh Mahboubul Rahman (Norway) serta 29 lagi barisan cendekiawan yang mewakili pelbagai negara.

Lebih signifikan, ICCI bukan sahaja menjadi tempat ibadat khusus semata-mata malah ia juga merupakan tempat ibadat umum dengan pelbagai fungsi dan aktiviti.

ICCI juga mempunyai pejabat pentadbirannya tersendiri yang tersusun, pusat kebajikan komuniti, pusat dakwah, pusat kecemerlangan pendidikan, perpustakaan dan kutub khanah, pusat wanita dan belia. Oleh kerana itu saya menggelarkan ICCI ini sebagai pusat komuniti umat.

Kehadiran ICCI juga seharusnya memainkan peranan lebih besar dengan menjadi pusat mendidik umat Islam Ireland untuk menangani cabaran yang amat penting seperti disebutkan oleh Tariq Modood, Profesor Sosiologi, Politik dan Dasar Awam di Universiti Bristol iaitu isu kepelbagaian budaya yang mana umat Islam harus bijak untuk berintegrasi dan berpartisipasi sebagai penduduk dan rakyat dalam komuniti Eropah.

Usaha ini penting bagi menggambarkan umat Islam juga mempunyai hak dan peranan sebagai rakyat Eropah bukan sekadar berdiam diri dan reda atas apa sahaja yang diperlakukan oleh pihak pemerintah di Eropah dan Ireland khususnya.

Umat Islam Ireland dibentuk oleh komuniti pelbagai budaya merangkumi mereka yang berasal dari Pakistan, Malaysia, Somalia, Afrika Selatan, Nigeria, Algeria, Libya, Bosnia, dan Ireland sendiri.

Kedatangan umat Islam ke Ireland bermula sejak 1950-an iaitu para pelajar yang akhirnya berkahwin dengan penduduk setempat dan menetap di sana. Pertubuhan Islam pertama di Ireland adalah Pertubuhan Islam Dublin yang ditubuhkan tahun 1959 sehinggalah kejayaan umat Islam membeli satu hektar tanah yang dibiayai oleh Timbalan Pemerintah Dubai, Sheikh Hamdan al-Maktoum yang membawa kepada pembinaan ICCI.

ICCI kemudiannya dibuka secara rasmi dan bersejarah oleh Presiden Ireland pada ketika itu, Mary Robinson dan Sheikh Hamdan al-Maktoum pada 14 November 1996.

Sheikh Hamdan al-Maktoum juga dalam masa yang sama bermurah hati membiayai seterusnya kos pentadbiran, operasi dan penyelenggaraan ICCI. ICCI dibina oleh arkitek tempatan Ireland, Michael Collins & Associates yang kemudiannya mereka memenangi anugerah dari Institut Diraja Arkitek Ireland atas rekaan dan lakaran reka bentuk ICCI.

Setelah 14 tahun kemunculan ICCI di persada dakwah Eropah, ia terus aktif berfungsi dengan pelbagai kemudahannya seperti kedai buku, gimnasium, dewan serbaguna, restoran dan bilik seminar. Juga perkhidmatan seperti kuliah agama, pengendalian perkahwinan dan kematian dan pusat perterjemahan.

ICCI mengingatkan kita semula kepada Masjid Rasulullah yang dibawa atas dasar takwa dan multi-fungsi menatijahkan lahirnya gergasi-gergasi yang membuka dunia dengan cahaya keimanan. Semoga ICCI terus berperanan dalam menyebarkan mesej rahmat ke segenap pelosok Ireland dan Eropah khususnya. ICCI boleh dilayari di www.islamireland.ie.



APRIL MOP = PERINGATAN PEMBANTAIAN MUSLIM SPAIN 5 ABAD LEPAS

Qs.5 Maa'idah:63. Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? Sesungguhnya amat buruk apa yang telah mereka kerjakan itu.

Qs.24 Nuur:15. Di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.

BARANG SIAPA MENGIKUTI SUATU KAUM, MAKA IA TERMASUK KAUM ITU

April telah tiba, ada suatu kebiasaan jahiliah yang patut kita waspadai bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Mop. April Mop sendiri adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Tapi tahukah Anda apakah April Mop itu sebenarnya?

Sejarah April Mop

Sebenarnya, April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas dibunuhnya ribuan umat Islam Spanyol oleh tentara salib yang dilakukan lewat cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Mop dengan cara melegalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau keisengan belaka.

Biasanya orang akan menjawab bahwa April Mop—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh dan sah-sah saja menipu teman, orangtua, saudara, atau lainnya, dan sang target tidak boleh marah atau emosi ketika sadar bahwa dirinya telah menjadi sasaran April Mop.

Biasanya sang target, jika sudah sadar kena April Mop, maka dirinya juga akan tertawa atau minimal mengumpat sebal, tentu saja bukan marah sungguhan.

Walaupun belum sepopuler perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Mop dalam dua dekade terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin akrab di masyarakat perkotaan kita. Terutama di kalangan anak muda.

Bukan mustahil pula, ke depan juga akan meluas ke masyarakat yang tinggal di pedesaan. Ironisnya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa mengkritisinya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Mop berawal dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan? April Mop, atau The April's Fool Day, berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa pegunungan. Islam telah menerangi Spanyol.

Karena sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan saja beragama Islam, namun sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami.

Tidak saja membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun selalu gagal. Maka dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam Spanyol.

Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan pertama-tama melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol.

Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan salib. Penyerangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu-persatu daerah di Spanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentara-tentara salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara salib mengetahui bahwa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentara salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Muslim diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Spanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakari rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya bisa terpana ketika tentara salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam.

Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang para tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membantai umat Islam Spanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang diperbolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.

Bagi umat kristiani, April Mop merupakan hari kemenangan atas dibunuhnya ribuan umat Islam Spanyol oleh tentara salib lewat cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Mop dengan cara melegalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekedar hiburan atau keisengan belaka.

Bagi umat Islam, April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya se-iman disembelih dan dibantai oleh tentara salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas juga ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini.

Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, 5 abad silam.

Jadi, perhatikan sekeliling Anda, anak Anda, atau Anda sendiri, mungkin terkena bungkus jahil April Mop tanpa kita sadari.