Bermula 15 April 2010 hingga 15 Mei 2010, iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB dan majalah ILUVISLAM membawakan kepada anda Kempen ‘Sensei No Tsuki' (atau dalam bahasa Melayunya ‘Bulan Sensei').
Bertemakan ‘Apresiasi Dunia', yang membawa maksud penghargaan dunia, kami di iLuvislam.Com yakin dan percaya bahawa penghargaan harus diberikan kepada insan-insan yang telah ‘memberi dunia' kepada kita. Ibu bapa adalah dunia kita sejak lahir dan juga merupakan ‘sensei' pertama kita. Para pendidik seperti guru & pensyarah pula telah mencurahkan ilmu dan insan-insan berjasa inilah yang selayaknya kita beri penghormatan sebesar dunia. Tema ini juga memberi maksud nilai hormat yang kita seharusnya belajar dari masyarakat sekitar dunia dan kami memilih budaya hormat dari masyarakat Jepun sebagai model untuk kita contohi.
Bersempena dengan kempen ini, Event Team Malaysia iLuvislam.com akan menganjurkan beberapa pertandingan yang menarik untuk disertai. Antara pertandingan yang disediakan adalah seperti, pertandingan menulis haiku (puisi), Kad kreatif, Memorious Moments, dan pastinya pencalonan Ibu/Bapa mithali. Nantikan makluman dari kami esok lanjut dari kami esok, 16hb April 2010!
Anda semua digalakkan memeriahkan thread-thread yang berkaitan dengan kempen ini. Bagi anda yang mempunyai artikel-artikel, video, lagu atau gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi. sila emelkan kepada kami di event[at]iluvislam.com. Kisah menarik mungkin akan kami siarkan diruangan artikel.