Ramlah Binti Abu Sufyan merupakan puteri kepada seorang pemimpin Quraisy dan orang-orang musyrik hingga penaklukan Mekah. Namun, Ramlah Binti Abu Sufyan tetap beriman sekali pun ayahnya memaksa dirinya untuk kafir ketika itu. Abu Sufyan tidak mampu memaksa anaknya ketika itu kerana anaknya menunjukkan pendirian yang kuat ketika itu dan semangat yang tekad. Ramlah Binti Abu Sufyan rela menanggung beban yang melelahkan dan berat kerana memperjuangkan akidahnya.
Pada mulanya, beliau menikah dengan Ubaidullah Bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau.Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah berhijrah menuju ke Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau digelar dengan Kun' yan Ummu Habibah.
Ummu Habibah senantiasa bersabar dalam memikul beban lantaran memperjuangkan dirinya yang dalam keterasingan dan hanya seorang diri, jauh dari keluarga dan kampung halaman. Bahkan terjadi musibah yang tidak dia sangka sebelumnya.
Beliau bercerita,
"Aku melihat dalam mimpi, suamiku dengan bentuk yang sangat buruk dan menakutkan. Aku pun terperanjat dan bangun. kemudian aku memohon perlindungan kepada Allah SWT dari hal itu. Ternyata tatkala pagi suamiku telah memeluk agama Nasrani. Kuceritakan mimpiku kepadanya, namun ia tidak mengubah pendiriannya."
Suaminya mencuba dengan segala kemampuan untuk memurtadkannya, namun Ummu Habibah tetap istiqamah. Bahkan beliau berusaha mengajak suaminya untuk kembali ke Islam, walaupun di tolak mentah-mentah malah suaminya semakin asyik dengan khamr. Hal ini berterusan sehingga ia meninggal. Hari-hari berlalu di bumi hijrah, dengan ujian-ujian berat menemani Ummu Habibah. Tetapi dengan keimanan yang dikurniakan Allah SWT, dirinya mampu menghadapinya.
Suatu malam, dia melihat dalam mimpinya ada yang memanggilnya ;
"Wahai ummu mukminin...!"
Beliau pun terperanjat bangun. Beliau menakwilkan mimpi tersebut bahawa Rasulullah SAW kelak akan menikahinya. Setelah selesai masa iddah-nya, tiba-tiba ada seorang budak wanita (jariah) dari Raja Najasyi yang memberitahukan kepada beliau bahwa Rasulullah telah meminangnya.
Alangkah bahagianya beliau mendengar khabar berita tersebut. Sehingga beliau berkata ;
"Semoga Allah memberikan khabar gembira untukmu"
Keraba terlalu gembira dengan khabar itu, beliau menanggalkan gelang kakinya lalu diberikan kepada budak wanita yang membawa perkhabaran tersebut. Setelah itu, beliau meminta Khalid Bin Sa'id Bin Al-'Ash untuk menjadi wakil baginya menerima lamaran Raja Najasyi.
Rasulullah bertemu dengannya pada tahun keenam atau ketujuh hijriyah. Ketika itu Ummu Habibah berumur 40 tahun. Ummu Habibah menempatkan urusan agama pada tempat yang pertama. Beliau utamakan akidah daripada keluarga. Beliau menyatakan bahwa kesetiaan beliau adalah tidak berbelah bahagi untuk Allah dan Rasul-Nya bukan untuk seseorang pun selain keduannya.
*Dipetik dan disesuaikan dari majalah Nikah Vol 5, No 5, August 2006
Sumber : www.zahazan.net
No comments:
Post a Comment