Tuesday, February 23, 2010

Lawrence of Arabia

Lawrence of Arabia atau T.E. Lawrence adalah arkeologis dan jurnalis yang pernah dimaktubkan kisahnya dalam silibus pendidikan di negara ini sebelum negara mencapai kemerdekaan. Kessannya, ramai orang zaman dahulu menganggap dia sebagai negarawan agung. Sedangkan, T.E. Lawrence sebenarnya adalah seorang Zionis yang menganut akidah Zionisme.

Dalam kalangan pemberontak Arab, Lawrence dianggap hero. Fakta menunjukkan dia bukan sekadar arkeologis dan jurnalis, malah perisik dan pakar bom. Lawrence fasih berbahasa Arab dan menguasai banyak perkara tentang Islam. Lawrence membantu usaha pihak Zionis merampas Palestin daripada penguasaan Kerajaan Uthmaniah Turki bagi menubuhkan negara haram Israel. Kemudian, Lawrence memimpin pemberontak Arab melakukan serangan ala gerila ke atas tentera Turki termasuk mensabotaj Kereta Api Hijaz.

Kereta Api Hijaz adalah projek yang diusahakan oleh Kerajaan Uthmaniah yang menghubungkan Damsyik dan Madinah. Projek ini siappada 1 September 1908. Dengan adanya laluan kereta api ini, perjalanan jemaah haji menjadi singkat. Perjalanan selama 2 bulan menjadi 55 jam. Selain itu, keselamatan para jemaah haji lebih terjamin. Risiko disamun di tengah-tengah padang pasir berkurang.

Malangnya, laluan kereta api ini dianggap sebagai muslihat jahat Kerajaaan Uthmaniah Turki. Kewujudan laluan ini dikatakan menjejaskan pendapatan sebahagian masyarakat Arab yang sebelumnya memperoleh hasil daripada perkhidmatan mereka kepada jemaah haji.

9 Jun 1916, Faisal dan Ali, anak-anak kepada Syarif Hussinyang menjadi pemimpin kaum Arab Badwi bertindak memutuskan laluan kereta api di Madinah. Sesudah itu, mereka menyerang tenter Turki di sana. Syarif Hussin yang ketika itu berada di Mekah membuat deklarasi 'Pemberontakan Arab' (Arab Revolt) dan mengisytiharkan dirinya 'Raja Hijaz'.

Demikianlah runtuhnya 80 buah jambatan rel kereta api Hijaz yang berlaku pada tahun 1918. Akibat lunturnya semangat persaudaraan dalam kalangan orang-orang Islam, ditambah dengan serangan pemikiran dan militer dari luar, umat Islam dengan mudah di perkotak-katikkan oleh syaitan. Umat Islam terpedaya dengan konsep yang dilaungkan oleh musuh seperti Turki adalah Turki, Arab adalah Arab. Umat Islam tidak menyedari laungan ini bertentangan Nabi Muhammad yang mengatakan orang Arab dan orang bukan Arab tiada bezanya.

"Kamu semua daripada Adam dan Adam itu daripada tanah".

Diambil dari Buku : Offline Dengan Syaitan
karangan : Zulkifli Khair
Terbitan : PTS Islamika
Bab : 13
Muka Surat : 52-54

No comments:

Post a Comment