Tuesday, December 8, 2009

~SERUAN DARIKU~

mereka masih belum kenal lagi erti dunia,
mereka tidak tahu lagi apa makna dosa pahala,
tapi mengapa mereka yang dijemput oleh Allah dahulu?


fikirlah wahai sahabatku,
mereka amat beruntung kerana bersih dari segala dosa,
roh mereka insyaAllah akan tiba di syurga,
tetapi bagaimanakah kita?
Allah memberi banyak nikmat kepada kita,
tapi amat sedikit yang bersyukur kepadaNya...
ujian yang kita hadapi juga tidak seberapa,
tapi kita juga yang bnayak mengeluh...

pandanglah kehadapan wahai sahabatku,
meniti hari yang kian mendatang,
seandainya ajal kita tiba,
sebagaimana mereka,
apakah kita sudah sedia,
dengan amalan yang tidak seberapa...
malah dosa pula yang semakin terbina
apakah kita tidak perasan?
penghujung dunia hanya terdapat dua jalan,
jalan kenikmatan atau sengsaraan,
yang bersifat kekal abadi...
dunia ini hanya sementara,
apakah kita kurang akal untuk memilih dunia?

tanyalah pada diri sendiri...
usahlah tunggu di hari tua,
kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita akan tiba...
jauhilah perkara yang mengundang dosa,
tingkatkanlah ketaqwaan kepadaNya,
perdalamilah ilmu perubatan dan ilmu agama,
bersamalah amar maaruf dan nahi mungkar,
jagalah batas pergaulan sesama kita,
binalah keimanan di dalam diri,
peliharalah aurat mahkota peribadi,
senantiasa bertaubat kepada Illahi,
amalkan qiamullail sunnah nabi,
bersedekahlah setiap hari,
hadirkanlah keikhlasan didalam hati,
demi cinta hakiki,
iaitu cinta Allah Ya Rabbi....

[al-munzir]

No comments:

Post a Comment