Thursday, October 29, 2009

KU PERGI DULU..

Ana bersendirian menanti perkara yang sememangnya akan berlaku. Seorang diri menanti kehidupan yang abadi. Kehidupan yang akan menentukan kehidupan kita sama ada BAIK atau pun BURUK.

**********************************************************
Seperti hari-hari yang biasa. Ana serta sahabat-sahabat yang lain hendak pulang ke kediaman yang telah pihak pengajian berikan. Hari semakin gelap dan setelah berjam-jam menunggu bas yang tidak kunjung tiba. Akhirnya, kami semua b'cadang untuk b'jalan untuk menggunakan tubuh badan yang di kurnia Tuhan. B'jalan sambil b'bual dan b'gelak ketawa. Memang memenatkan namun rasa sekejap sahaja. Ketika hendak melintas jalan yang di penuhi dengan kenderaan yang sememang laju dan mereka tidak menghiraukan pelajar yang b'jalan kaki. mereka hanya b'fikir mahu cepat sampai sahaja. Setelah melihat keadaan selamt untuk melintas. Sahabat-sahabatku melintas dengan cermatnya. Tiba-tiba! sebuah kenderaan 4 wheel drive membelok disimpang dengan laju. Ana tersentak lalu b'lari mendapatkan sahabat-sahabat ana. Ana menolak mereka dengan kuat hati.... DAN....

**********************************************************

Ana di alam yang ana tidak ketahui. Ana hanya nampak putih dan sahabat-sahabat ana b'ada di tepi ana. Mereka hanya senyap, mata mereka merah dan b'sedu. Ana hairan kenapa dengan mereka ini. Ana memanggil mereka tetapi mereka tidak menyahut mahu pun memandang ana. Apa yang sedang b'laku? Setelah puas memanggil mereka. Ana hanya duduk dan memikirkan apa yang telah berlaku. Setelah agak lama b'fikir ana b'rasa sakit yang amat sangat. Tidak dapat di gambarkn kesakitannya.

**********************************************************

Sungguh payah untuk ana membuka mata. Seluruh badan jangan dicakap bagaimana sakitnya. Dengan pandangan yang kabur ana melihat sekeliling. Telinga hanya dapat menangkap bunyi mesin yang fungsinya tidak ana ketahui. Mata t'buka dengan luasnya dan melihat sahabat ana cuba untuk senyum bagi menyembunyikan rasa sedih mereka. Ana melihat pipi sahabat karib ana tercalit darah yang sudah kering. Baru ana ingat yang ana cuba mnyelamatkan sahabat-sahabat ana dari di langgar kenderaan tadi. Ana b'syukur kerana sahabat ana tidak apa-apa cuma cedera ringan sahaja.

**********************************************************

Tidak berapa lama kemudian. Ana rasa sejuk dan sakit yang amat sangat. Sakit yang tidak pernah ana rasa sebelum ini. Mula dengan kaki, kemudian naik kebadan dan sakit yang bagai di siat kulit di kawasan tengkuk. Ana dapat merasakan ini adalah saat-saat terakhir ana bersama-sama sahabat ana dan keluarga serta akan meninggalkan dunia yang sementara ini. Mengalir air mata ana kerana melihat akan keadaan sahabat karib ana yang tidak apa-apa dan gembira kerana akan berada disisi dan menemuiNya. Keadaan menjadi kabur dan gelap.....


p/s: ending mcm tergantung... hmmm... maaf cerita xbape besh... :)

No comments:

Post a Comment