Semalam adalah hari pertama pertandingan Robogamez anjuran UNITEN dan kita seorang sahaja penonton. Mungkin hari pertama agaknya. Semalam, nampak cleaner mop lantai DSS. entah kenapa tiba-tiba teringatkan masa kita tadika.
Masa itu, mak kerja di ILSAS sebagai seorang cleaner. Mak basuh dan bersihkan bilik asrama, tandas (kt luar bilik) dan mop lantai setiap hari. Itu adalah kerja yang perlu dilakukan untuk membesarkan anak-anak mak ini.
Tidak terdetik pun rasa malu kita terhadap pekerjaan yang mak lakukan. Bagi kita, apa jua pekerjaan yang dilakukan asalkan rezeki itu halal. Masa kecil dulu, lepas sahaja balik dari tadika, kita akan pergi ke ILSAS, pastu mesti tolong mak buat kerja tapi kita masa itu masih budak lagi dan buat kerja pun macam budak- budak dengan alat pembersih itu dibuatnya main.
Tapi perasaan budak kecil yang hanya tahu main sahaja. Tapi bagi mak , itulah satu-satunya sumber rezeki mak. Buat mak, adik tidak pernah rasa malu dengan pekerjaan yang mak buat masa kerja di ILSAS tapi rasa sangat bangga dengan kerja mak itu.
Sebab mak mahu mencari rezeki halal demi membesarkan anak dia yang mana dahulunya, mak ada tempat bergantung walaupun seketika.
No comments:
Post a Comment