Friday, October 30, 2009

HATI ini MERINTIH..

Ya Allah,
sekirannya ini adalah ujian dariMu,
ku reda kerna setiap ujian yang Engkau berikan,
hamba Mu mampu untuk menghadapinya.

Ya Allah,
sekiranya sahabat-sahabatku terpaksa untukku jauhi,
maka akan ku lakukan walaupun dengan hati yang berat,
kerana setiap percaturan yang Engkau lakukan,
sangat sempurna dan baik untuk segalanya.

Ya Allah,
berikan ku kekuatan untuk,
menghadapi hari-hari yang mendatang,
menghadapi keresahan hati yang sering kali mendatang,
menghadapi kesakitan yang sementara ini.

Ya Allah,
ku tidak mahu persahabatan ini berakhir dengan ketidak gembiraan,
ku mahu persahabatan ini berakhir dengan kegembiraan,
berakhir dengan ikatan ukhuwwah yang sangat erat.

Ya Allah,
hanya padaMu ku memohon,
agar semua yang berlaku,
akan mendapat RahmatMu,
dan,
limpahan kurnia yang tidak berkurangan..

amin....

No comments:

Post a Comment