minggu ini ibunda ana yang tersayang demam...
ana sangat risau kerana ibunda ana tinggal berseorangan....
apabila cuba untuk telefon....
hanya masuk ke peti suara...
ana menjadi sangat gelisah...
seperti ingin meminjam kereta atau motorsikal sesiapa untuk melihat keadaan ibunda ana...
seperti ingin memecah masuk ke ofis ibunda untuk ambil kunci motorsikal...
dan terus memecut ke rumah ana...
setelah cuba berkali2...
akhirnya phone ibunda ana terangkat juga...
lega sedkit hati ana...
setelah bertanya pelbagai soalan...
hati ana ber tambah tenang.....
ntah mengapa selepas itu...
terlintas peristiwa arwah ayah ana...
ayah ana sakit gigi dan demam panas seminggu...
dan....
selepas beberapa minggu...
ayah ana kembali kepada Penciptanya....
mak ana juga mengalami perkara yang sama...
ntah....
ana tidak tahu bagaimana sekiranya mak ana juga pergi kepada Penciptanya...
seperti abah dan ayah ana....
sama ada ana menangis atau tidak, adakah ana berperasaan atau tidak tahu apa yang sedang terjadi....
bagaimana ana mahu menerimanya....
namun....
sekiranya itu yang telah ditetapkan...
ana reda akan ketentuanNya...
Ya Allah... jagalah ibuku seperti mana ibuku menjagaku semasa kecil dan sihatkanlah tubuh badan ibuku seperti mana Engkau menyihatkan badanku......
Amin....
No comments:
Post a Comment