Monday, June 21, 2010

mata ini???

saat mahu bergerak ke tempat yg mahu ditujui....
mata ini terperanjat apa yg di lihat....
adakah saat diri penat dan mengantuk....
mata b'main tipu dengan hati....

mata dan diri t'peranjat...
sungguh t'peranjat...
mungkin ini yg di katakan manusia mudah berubah...
tidak di nafikan diri kita yang lemah ini juga
kadang-kala mudah berubah....

dia yg kita kenal dahulu tidak seperti itu...
tidak masa sekali...
tapi saat itu pakaian nya..
tidak mengambarkan diri dia..
yang kita kenal dahulu....

inilah yang dinamakan...
manusia mudah lupa dan mudah berubah....

awak....
kita tidak layak menegur awak yang sangat baik itu...
tapi adakah awak perasan pakaian awak pada saat itu macam mana??
kita tidak mampu mnegeluarkan kata-kata...
bagi menegur awak...
dan kita bukan sesiapa yang boleh menegur awak...

sebelum awak kluar kemana mana...
tnya pada diri awk...
adakah ini cara pemakaian awak masa dulu...
saat awak di bangku sekolah??

lagi-lagi jika awk pergi b'jumpa dengan lain jantina dengan awak....
adakah awk lupa semua itu...
awk mahu menjaga semua itu....

maaf..
persepsi kita dengan awak sudah berubah..
dan...
skarang awak sama seperti orang lain....

maaf...

tapi itulah yang dirasa dan di simpan selama selama seminggu diri ini....

diam membisu

salam buat semua... sudah lama kita x update blog...
huhuhu....
bnyak aktiviti yang t'lah berlangsung...
final exam t'lah berakhir, hanya menunggu result sahaja....
insyaAllah.... semua akan berlaku dengan baik...
selepas exam... trus ada kem motivasi perdana felda 2010 kali ke-3....

penat jgn di bilang.. apa yang penting semua b'jalan lancar..... ^_^

agak lewat b'cuti... kini diri sedang berehat di rumah sambil hujung mggu penuh dgn aktiviti yg telah di rancng...

dalam cuit ini... diri ini bnyk mendiamkan diri... tapi apa yang penting... diri ini sedang belajar menahan diri... itu yg penting...

cuma diri ini b'harap... masih ada sifat-sifat kepedulikan dalam diri ini.... insyaAllah...

Saturday, June 5, 2010

xde tajuk..

salam buat semua...

xtau nk mulakan cmne yek...
hurmm....
terus je lar sng....
sayang dan cinta melibatkan hati dan perasaan..
kita bukan ape...
jz xnk mainkan perasaan org tue....
sbb bagi kita bila kita main perasaan org tue...
kita juga yg susah....

*rahsia hati biarlah empunnya badan yang tahu sendiri....

Monday, May 31, 2010

TUDM rancang miliki pesawat canggih

2010/05/31

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang untuk memiliki beberapa jenis pesawat tempur baru bagi mengukuhkan lagi pasukan itu sejajar dengan perkembangan teknologi dan usia TUDM yang menjangkau 52 tahun esok.

Panglima TUDM, Jen Datuk Seri Rodzali Daud, berkata satu pasukan penilaian telah ditubuhkan bagi mengkaji beberapa jenis pesawat yang telah dikenalpasti dalam usaha memiliki aset canggih sejajar dengan peredaran semasa.
Beliau berkata, antara pesawat yang diteliti ialah F/A-18E/F Super Hornet buatan Amerika yang dianggap mempunyai keupayaan "multi role combat aircraft" (MRCA) iaitu mampu melakukan tugas dari udara ke udara dan udara ke bumi.


"Sesuai dengan perkembangan semasa dari segi teknologi dan pemodenan aset, TUDM sememangnya memerlukan pesawat berteknologi terkini untuk membolehkannya bersaing dengan pesawat negara-negara lain di rantau ini," katanya kepada Bernama dalam wawancara khas sempena sambutan ulang tahun TUDM ke-52 esok.

Namun, TUDM tidak memfokuskan hanya kepada pesawat F/A-18E/F Super Hornet sahaja sebaliknya turut mengkaji beberapa pesawat lain seperti Gripen dan Eurofighter yang dianggap pesawat berteknologi tinggi dalam kelasnya yang tersendiri.

Katanya, pasukan penilaian itu turut ditugaskan untuk meneliti beberapa aspek sebelum sesuatu perolehan pesawat dibuat seperti keupayaan pesawat, sokongan alat ganti, kos dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.

"TUDM mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pesawat F/A-18D dan kita sedang mengkaji faktor keupayaan pesawat F/A-18E/F Super Hornet yang lebih canggih daripada pesawat itu," katanya.
Beliau berkata, walaupun pihaknya sedang meneliti pesawat canggih yang lain, namun pesawat yang sedia ada tidak diabaikan termasuk pesawat tempur SU-30 MKM yang mana pesawat terbabit boleh membuat pelbagai penugasan strategik dan taktikal udara dengan berkesan.

"TUDM telah pun memiliki dua pesawat MRCA iaitu F/A-18D dan SU-30MKM, kedua-dua pesawat ini sememangnya berkemampuan untuk menjaga ruang udara negara dan kita sedang merancang untuk menukarkan pesawat bukan MRCA kepada keupayaan MRCA," katanya.

Ditanya mengenai fungsi pesawat MiG-29, Rodzali berkata pesawat berteknologi 80-an itu masih berkemampuan dan relevan terutamanya di rantau ini dan fungsi pesawat itu kini adalah sebagai Pesawat Pemintas dan Pertahanan Udara.

Rodzali berkata, TUDM turut menyenarai pendek aset yang perlu diperolehi bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan beliau percaya kerajaan akan membuat keputusan berdasarkan kajian yang mendalam serta mengambil kira aspek kedudukan ekonomi negara dalam mengagihkan peruntukan kewangan.

"Kekurangan bajet tidak boleh berlarutan kerana ianya akan menjejaskan kadar pusingan stok alat ganti sistam persenjataan dan seterusnya memberi impak ke atas tahap kebolehgunaan sistem persenjataan TUDM untuk tempoh jangka masa panjang," katanya.

Ditanya mengenai impak daripada kes kehilangan enjin jet kepada TUDM, Rodzali berpendapat ia sedikit sebanyak menjejaskan imej TUDM sebagai sebuah pasukan keselamatan yang memikul tanggungjawab mempertahankan ruang udara negara.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil ikhtibar dari kejadian itu dan telah mengenalpasti kelemahan yang ada, sekaligus memperbaiki sistem pengurusan di setiap peringkat organisasi bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

"Bagi menaikkan semula imej TUDM, beberapa strategi khusus telah dirangka terutamanya dalam memberi gambaran sebenar kepada masyarakat tentang fungsi dan peranan serta kepentingan TUDM di dalam agenda mempertahankan keselamatan negara dari semasa ke semasa," katanya.

Rodzali berkata, TUDM kini giat memberi penekanan dalam pembangunan modal insan yang merangkumi aspek peningkatan kemahiran, ilmu pengetahuan dan sikap yang positif di kalangan warga TUDM.

Katanya, bersempena ulang tahun TUDM ke-52 bertemakan "Strategik TUDM: Melangkah Ke Masa hadapan" beliau juga mahu perajuritnya lebih berkualiti dan berintelektual sejajar dengan pemodenan semasa.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) secara amnya dan TUDM secara khususnya telah membuat keputusan untuk mengambil mereka yang sekurang-kurangnya berkelulusan ijazah bagi pengambilan akan datang (tahun depan).

"Jika sebelum ini pegawai yang dilantik hanya pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya...namun selepas ini kita mahukan mereka yang berkualiti menganggotai pasukan ini," katanya.

Katanya, TUDM juga akan mengadakan pelbagai pameran yang berkaitan dengan pasukan itu, bagi menarik golongan muda menjadi sebahagian sayap pasukan berkenaan.

Dalam usaha meningkatkan kredibiliti TUDM pada kelas teratas di mata dunia, beliau berkata pasukan itu sentiasa mengambil bahagian dengan melibatkan diri dalam misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) termasuk di Bosnia, Lubnan, Congo dan Sahara Barat.

"Negara-negara luar memandang tinggi terhadap keupayaan anggota ATM amnya dan TUDM khasnya. Ini kerana anggota kita telah dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan jayanya," katanya.

Rodzali berkata, pembabitan TUDM dalam siri latihan di luar negara juga menunjukkan keupayaan krew dan juruterbang TUDM setaraf dengan negara lain malahan kepakaran serta kemahiran juruterbang TUDM membuktikan anggotanya sentiasa bersedia dan berupaya menghadapi ancaman di udara masa kini. - Bernama

Friday, May 28, 2010

Lelaki PELINDUNG Wanita

Saban hari permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi, pelacuran, bohsia dan sebagainya semakin meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Jika kita sama-sama hayati ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.

Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin? Ayuh kita muhasabah diri!

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!

Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.."
(At-Tahrim, 66:6)


Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang 'benih' yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.

Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.


Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)


Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?

Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya.
'It takes two to tango'. Salah menyalahkan tidak akan menyelesaikan isu gejala sosial pada hari ini, malah akan menyebabkan kita hilang fokus untuk menyelesaikan masalah itu.


Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?

Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.

Wahai Adam,

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai wanita,

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.