Wednesday, March 17, 2010

Jadilah Soleh dan Solehah Dahulu...

Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

Makna Air Mata Insan

PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:


1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Monday, March 15, 2010

~.:Pandangan Menjadi Berbeza:.~

salam...
sudah lama tidak update blog nie...

kita tulis tajuk ini sebab itulah yang berlaku kepada kita sekarang... kalau dulu kita hanya nampak dari satu arah sahaja.. tapi sekarang, kita memandang dari dua arah...

kalau dulu kita hanya dengan dia. mereka yang lain, kita seperti tidak mempedulikan mereka... tapi sekarang... kita ingin menjadi adil dan tidak hanya tertumpu kepada seorang sahaja... dan pada satu hari Dia ingin menunjukan bagaimana mereka yang lain itu sangat menyampah apabila ,mereka berdua selalu bersama dan agak rapat berbanding dengan mereka yang ramai...

kita bertanya kepada mereka yang ramai,
"dulu, masa aku dengan dia aje... korang pun nyampah ngan aku ke??"
mereka yang ramai memjawab,
"ha'ah.. menyampah..."

kita langsung tidak terkejut dan tersingung... malah hal itu membuat kita sentiasa berfikir... bahawa memang susah untuk menyedapkan hati dan menjadi adil dalam hal persahabatan... namun mereka berdua yang selalu bersama bagi kita langsung tidak merasakan bahawa mereka yang ramai sangat menyampah cuma mereka yang ramai tidak mahu menyinggung perasaan mereka yang berdua.. mungkin kerana mereka dengan dunia mereka sahaja... buat kerja bersama-sama... mcm belangkas...

dahulu kita pun begitu, macam mereka berdua... namun sejak hal itu berlaku dan kita yang tidak dapat berfikiran matang.. membuatkan hal dahulu tidak lagi berlaku... malah nak cakap sikit, lagi2 tnggal kami berdua, menjadikan keadaan sangat kekok malah tidak mengeluarkan suara kecuali berkaitan hal2 kerja... mungkin kerana terlampau ramai, jadi untuk membahagikan dan menjaga hati masing2 adalah misi yang sangat susah untuk dijaga.. namun, insyaAllah kita dapat laksanakan hal ini jika kita, mereka berdua dan mereka yang ramai saling memahami. ditambah pula kesabaran dan sikap tolenrasi maka dengan izin Dia... persahabatan ini akan berpanjangan... ameen...

P/S : kita bukan mahu menelagahkan kepala kita semua... cuma kita mahu kamu semua fikir balik ape yg kita buat dahulu... namun, hal dahulu bukan untuk di tangisi tetapi ia adalah pengalaman yang boleh kita jadikan teladan dan sebagai pengalaman yang menjadikan kta semakin matang dalam persahabatan... insyaAllah... sebarang teguran amat kita alu-alukan...

*kita = saya

Saturday, March 6, 2010

.:Demi Sebuah Bahagia:.

PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.

Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?

Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.

Namanya “Ingat 2 Lupa 2

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF


Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

"Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.



ABU SAIF @ www.saifulislam.com


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel asal : saifulislam.com

Friday, March 5, 2010

~Kata-Kata Penguat Hatiku~

Ukhwah keranaNya, bukanlah perlu sentiasa bersama dan disisi, namun ia tetap di dalam hati, disebut tika berdoa padaNya... agar ukhuwah iu semalam2nya.. Ukhuwah berteraskn Iman dan Taqwa adalah semanis madu, manisnya cukup menyenangkan dan menceriakan diri, bahkan manisnya juga adalah ubat untuk ketika diri dalam kesedihan...
p/s: kepiluan melanda.. ku doakan agar kau bahagia, sahabat.. rindu waktu kita b'gelak ketawa dan b'manis muka. maafkan ku...