Kepada awak, terima kasih atas segalanya awak cuba berikan kepada saya. walaupun tidak sekali pun jumpa tapi awak pernah berikan satu perasan yang saya tidak pernah rasa sebelum ini. Terima Kasih.
.:~Rahasia Hati~:.
Tuesday, November 6, 2012
Terima Kasih Atas Segalanya
"When u love somebody lets them free...if he turn back to u mean he is mean to be for u..if he dun turn to u mean he is not belong to u...just TRUST ALLAH..HE know who n what the BEST for U....just wait n see...Insyallah..aminn..."
Sunday, November 4, 2012
Terlalu Rindukan Mereka
Mereka yang aku sayang sampai mati. Itulah ABAH dan AYAH.
Petang tadi, pergi ziarah mereka lepas agak lama tidak pergi. Pergi berseorangan. Aku pilih untuk pergi sendiri kerana aku perlukan masa bersendirian. Cuba untuk ajak Domo, tapi mendung seakan-akan mahu hujan lebat. Jadi, terpaksa menyuruh dia untuk tidak ikut pada saat-saat akhir.
Tanah perkuburan ABAH AYAH tidaklah jauh mana. hanya 10 minit dari UNITEN, kawasan Tanah Perkuburan Islam Kg Dato Abu Bakar Baginda.
Semakin dekat dengan kawasan perkuburan, semakin laju jantung berdegup laju. Lepas park kereta, hujan mulai turun. Melihat kawasan perkuburan itu, hati teragak-agak untuk melangkah bagi mencari ABAH AYAH. Hati seakan-akan mahu memandu keluar dari kawasan itu. Bila memikirkan agak lama tidak menziarah mereka, aku mengambil sedikit masa untuk keluar dari kereta.
Dengan mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit, akhirnya keluar juga dari kereta. Hujan semakin lebat, tanpa berpayung, kaki melangkah mencari pusara ABAH AYAH sambil membawa sebotol air. Mencari dan mencari pusara mereka. Aku pergi mencari pusara AYAH dahulu, membersihkan sedikit pusara AYAH dan memcuci nisan AYAH. Membaca doa untuk dia dan bergerak mencari pusara ABAH. Pada pusara ABAH, perkara yang sama aku lakukan seperti pusara AYAH.
Saat mencuci batu nisan ABAH AYAH, aku merasakan seperti menyentuh muka mereka. Perasaan sayu mula terbit. Aku terus gerak balik kerana tidak sanggup menangis di sana. Sampai didalam kereta, aku tutup radio, dan mengambil masa untuk menenangkan diri. Sepanjang perjalanan fikiranku melayang. Rinduku kepada mereka semakin membuak.
Sampai di Ilmu, aku tidak naik ke rumah. Sebaliknya, duduk didalam kereta. seakan-akan ada yang tidak mahu aku keluar dari kereta.
Sampai sekarang, aku masih rindukan mereka.
"Ya Allah, senangkan mereka di alam sana. Sesungguhnya, aku amat menyayangi mereka dan Kau jua sama. Aamiin"
Labels:
familia,
luahan rasa hati
Saturday, November 3, 2012
Honest Members
Jangan pandang pada luaran..because it is deceiving
Jangan pandang pada harta..because it's fades away
Try ar lepak ngan membe2 yg honest..
because it takes only a smile to make a DARK day seem BRIGHT.
Jangan pandang pada harta..because it's fades away
Try ar lepak ngan membe2 yg honest..
because it takes only a smile to make a DARK day seem BRIGHT.
Our Love Story
Never compare your love story with those in the movies,
because they are written by scriptwriters.
Yours is written by GOD... :)
because they are written by scriptwriters.
Yours is written by GOD... :)
Wednesday, October 17, 2012
Malu?
ingat tak dulu masa kita kecik-kecik, kita sentiasa dibawa oleh mak kita berjalan-jalan ke sana ke sini. mak tak malu pun bawa kita biarpun kita berak, kencing, menangis, semua.. sebab mak tak malu dengan kita.. mak sayangkan kita.. sebab kita amat bernilai dimatanya.. tapi kenapa bila kita dah besar panjang cukup akal semua tapi kita malu bawa mak bersiar-siar?? sebab mak dah tua?? takut dikata oleh kawan?? tapi kita rela bawa orang yang tiada kaitan yang sah bersiar-siar daripada mak kita kan? muhasabah diri seketika.. saya sayang mak saya dunia akhirat... :-)
-Facebook-
-Facebook-
Subscribe to:
Posts (Atom)